bukan niat nak menghindari sesiapa
apa lagi nak berahsia
tapi keadaan memerlukan aku membuat pengorbanan
mungkin kejam bagi semua
tapi ia perlu bagi aku
maaf cuma itu yang mampu aku luah
tak mampu aku berkata lebih
mungkin juga terima kasih
tapi apa mereka fahami maksud tersiratku?
bukan tak mahu membuka pekong di dada
tapi tak akan mampu menahan getaran derita
sumpah aku sayang semua
manusia memang tamak
apabila kematian datang menjemput
masih juga mahu selfish
mahu meminta peluang
kembalikanlah kehidupanku,kasihku,sayangku
tapi derita itu tetap takkan kaku
kerana ia masih disitu
sakit itu datang tanpa kita tahu bagaimana dan mengapa
tapi ia datang bukan sebab sesiapa
semua kerana kita sendiri
tak perlu ada perkataan kesal atau arrrgghh
kerana ia terjadi atas kebodohan lalu
sepatutnya tak perlu aku menangisi kepergian yang dulu aku amat ingini
banggalah wahai diri kerana hajatmu tercapai
walau mengambil masa bertahun
tuhan tunaikan juga
tapi mengapa ada air mata yang menitis dan
mengapa ada pertanyaan 'kenapa aku?'
tak perlu wahai diri kerana memang itu permintaan kita 2 tahun lalu
dan sememangnya tuhan itu maha pemurah
menunaikannya juga walaupun saat ini kita benar derita
redhalah hati kerana setiap yang pergi
akan berganti lagi
nyawa ini mungkin diganti dengan berjuta nyawa manusia yang
berjuta kali lebih perlu dari aku!