luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Thursday, October 21, 2010

novelaku episod 1

Basikal kesayangannya yang berwarna ungu itu dipakir di ruangan khas tempat meletak basikal di sekolah itu dengan teratur.Sesekali sisinya dikerling,cuba mencari kelibat sesiapa yang dikenalinya.Namun,langsung tidak kelihatan sesiapa pun.Dia mengeluh perlahan lalu menapak memasuki kawasan banggunan sekolah yang baru sahaja menjadi sekolah barunya semalam.
"Hai!" tegur satu suara dari belakang.
'Hai!" sapanya kembali kepada seseorang yang tidak dikenali itu.
"Pelajar baru ke?"
"Hm,ye saya." angguknya perlahan.Wajahnya diangkat sedikit untuk menatap wajah si gerangan manusia yang menegurnya itu.
"Awak dari mana?"
"Kuala Lumpur."
"Oh,orang kl rupanya.So,kenapa datang sini?"
"Mak saya berpindah tempat kerja di cawangan sini."
"Oh,i see.So,awak ni form berapa?"
"Form 5." tiba-tiba,ada suara yang menyampuk.
"Hoi uncle!Mana engkau pergi pagi tadi ha?Lama tahu tak aku tunggu kau kat bus stop tu hah!mangkuk la kau ni!Kalau iye pun,rogerla yang kau pergi sekolah sendiri beb!"
♥ 'uncle??tak akan la lelaki ni pakcik dia kot!peliknya.' gerutunya didalam hati sendirian.
"Soryla atok!Uncle lupalah!even pagi tadi,mummy aku sibuk nak tolong hantarkan aku lah.Macamlah kau tak tahu perangai mummy aku tu.Takut sangat kalau aku tak pergi sekolah betul-betul." jelasnya panjang lebar.
"Aik!Habis tu tak kan nak pergi sekolah yang olok-olok?Ada ke uncle?hahaha..lawaklah mummy kau ni kan.So,balik nanti pun mummy kau ambik kau jugak ke?yelah,takut kau balik rumah olok-olok!hehehe" perli temannya itu.
"Amboi kau atok!Ade nak kene siku dengan aku ni!tak ada lah,macam biasalah!"
"Ehem!Tumpang tanya bang!Kat mana kelas 5 Arif?" Seperti baru tersedar dari igauan,mereka berdua berpalaing ke arah gadis yang mengikat rambut bertocang dua tersebut.
"Kau masuk kelas 5 Arif ke?" tanya lelaki yang digelar 'atuk' itu.
"A'ah!"
"Kau jalan straight,lepastu belah kanan kau nampak tangga.Kau naik tingkat 2.Kat situ semua kelas form 5.Cari jelah."
"Ok bang!Terima kasih ye." lalu segera dia berlalu meninggalkan 2 orang manusia yang bernama 'uncle' dan 'atuk' yang masih rancak menyambung kembali perbualan mereka.










"Assalamualaikum pelajar-pelajar." ucap Puan Fariha kepada semua pelajar kelas tingkatan 5 Arif.Kesemua pelajar di kelas itu berdiri dan menjawab ucapan salam tanda hormat daripada guru tingkatan mereka yang sudah berumur separuh abad itu.
"Baik pelajar,semua boleh duduk.Hari ini,saya nak memperkenalkan pelajar baru kelas kita.Saya harap semua pelajar dapat memberi kerjasama kepada rakan baru kita ini.Jangan nak buat hal ye semua!Ok,sila kenalkan diri awk kepada semua ye." arah Puan Fariha.
"Hai,salam semua.Saya Vareesa Violynn Balqish.Kawan-kawan semua boleh panggil saya Aresa.Selamat berkenalan." kesemua pelajar kelas tingkatan 5 Arif saling berpandangan.
"Aik!Ingatkan anak mat salleh mana tadi!Melayu rupanya."
"Mana kau tahu dia melayu ha?Nama bapak dia pun dia tak sebut lagi."
"Anak mat salleh celup kot!"
"Ke anak mat salleh belakang rumah atuk aku?Alah,Salleh senget tu!"
"Weh!Salleh senget mana pulak ni?"
"Tapi kan dia ni macam cokelat celup lah!Ini cokelat celup!celup..celup!!Rasanya enak!cokelat celup-celup!"  nyanyian iklan coklat celup itu terus dinyanyikan beramai-ramai.
"Sudah!Sudah pelajar!Jangan bising!Ada saja kamu semua ni.Hm Aresa,awak pergi duduk sebelah meja yang kosong kat belakang tu.Sebelah tu ada Erish.Tapi hari ni entah kemana budak nakal tu." bebel Puan Fariha.
"Sebelum saya keluar nak bermesyuarat ni,saya nak kamu Amylya,tolong jaga kelas ye.Pelajar tolong kawal diri anda.Buat kerja rumah yang masih tertangguh!" ujar guru itu lagi.Amylya hanya mengangguk tanda faham.Sebagai seorang ketua kelas kepada kelas 5 Arif,dia memang punya tanggungjawab yang besar.Ini kerana,pelajar-pelajar 5 Arif ini terlalu nakal walhal mereka merupakan pelajar yang pintar.Mereka mungkin pandai dari segi akademik.Namun,apabila soal tingkah laku mereka mengalahkan pelajar tingkatan 1.Mereka sukar dimarahi atau dihukum.Malah,merekalah pelajar paling nakal.Tidak sampai beberapa saat pun Puan Fariha berlalu pergi,mereka terus menunjukkan taring-taring mereka.
"Aresa..aresa!Sedaplah nama kau ni.Kau ni dari mana?"
"Kl.Boleh saya tahu kelas ni berapa subjek SPM wajib ambik?"
"Kitaorang tak tentu.Depends.Ada yang ambik 9,10 subjek.Tapi paling banyak 13 subjek.Itu pun sorang je ambik.Si Erish!"
"Erish?' soal Aresa tanda tidak mengerti.
"Alaa,partner meja sebelah kau ni."
"Oh,yeka?tapi,mana dia?tak nampak pun."
Biasalah dia tu.Ada big projekla tu."
"Apa tu?"
"Tak payahlah kau tahu.Jangan masuk campur urusan dia lah ek.Sebabnya dia tu pelik sikit.Apa-apa pun,aku    
Natasha.Nazatya Natasha.So,friend's?" ujar Natasha sambil menghulurkan tangannya tanda perkenalan persahabatan.
"Friend's!" Aresa menyambut huluran tangan Natasha,lalu tersenyum menampakkan lekuk lesung pipitnya di kedua-dua belah pipinya yang putih kemerahan.
"Wah!Kau ni comel lah Aresa!Mesti kau ni ramai boyfriend's kan?" tegur Fydia yang begitu teruja dengan kecantikkan gadis yang bernama Aresa.
"Betul lah sis!comelnya aresa!Hai,saya Lydia!" sapanya keriangan.Aresa merenung kedua-dua gadis yang bernama Fydia dan Lydia yang berwajah seiras itu.
"Kau orang twin's?"tanya Aresa seraya tersenyum lagi.
"Yup!kami kembar seiras.The ctest twin's in this school!" ujar Lydia dan Fydia serentak lantas mencetuskan tawa diantara mereka berempat.
"Aresa,kau tinggal kat mana?"
"Kubang Buaya.Natasha?"
"Samalah kita!Berjiranlah nampaknya kita berempat!Seronoknya!Nanti,bolehla kita selalu lepak sama kan!" ujar Natasha dengan gembiranya.
"Hm,nama penuh Lydia dengan Fydia apa?" tanya Aresa lembut.
"Oh,nama Lydia.Intan Lyia dan sis pulak,Intan Fydia Binti Hafizi.Kita orang dua beradik je.Mak dah tak ada dah.Ada ayah je lah.Mak kita orang tak ada masa melahirkan kita orang berdua.So,memang dari kecik samapi sekarang lah,ayah jaga kami." terang Lydia.
"Dah lah Lydia.Panjangnya.kau ni macam temuduga kerja lah!" marah Natasha.
"Sampai hati kau tau.Suka marah aku.Merajuklah!"
"Alah Lydia.Janganlah merajuk.Muka kau kalau merajuk macam ayam berak tahi kapur lah!" pujuk Natasha.
"Haik!kau pernah tengok muka ayam tengah berak tahi kapur ke Nat?"
"Pernah!Sama macam muka kau merajuk tadi!hahahaha."
"Nat!Smapai hati kau tau!Aku cantik ek!Mana ada sama macam muka ayam tengah berak tahi kapur tu!"ujar Lydia seraya menjeling ke arah Natasha.
"Cantik ke kau tu Lydia?Macam muka cina nyonya jual sayur adalah!hahaha." gelak Natasha yang semakin rancak menyakat Lydia.
"Korang berdua ni kan,hari-hari gaduh!Aku yang mendengar ni,naik lenguh tau!" marah Fydia.
"Suka hati kamilah!PENYIBUK!" balas Natasha dan Lydia serentak lantas ketawa berdekah-dekah.Tiada sudah pergaduhan mereka.
"Gila lah aku melayan korang berdua ni!" marah Fydia kegeraman.Aresa yang memerhati cuma menahan gelak dengan drama mereka bertiga iaitu sahabat barunya.

No comments:

Post a Comment