luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Friday, October 29, 2010

Novelaku episod 2

"Pergi saja cintamu pergi,
  bilang saja pada semua,
   biar semua tahu adanya,
   diriku kini sendiri."
Lagu nyanyian Krisdayanti itu dialunkan dengan penuh perasaan.Beberapa manik-manik jernih gugur membasahi pipi.Perasaan rindunya menghimpit kalbu.Dia rindu pada semua teman-temannya.
  ♥ 'fitha,min..aku rindu kat kau berdua!Rindu sangat!' rintih hatinya.Dia benar-benar menyesal kerana mengikut kata hatinya yang tak pernah serit untuk disakiti.Mencintai Damish memang diibaratkan seperti membawa diri ke tali gantung dan hukuman sampai mati untuknya.Damish,lelaki yang tak pernah  mengenali erti cinta yang sebenar.Lelaki ini memang dasar buaya tembaga.Bukan buaya darat.Memang sedasar-dasar buaya yang kejam baginya.Dari dahulu perangai Damish tak pernah berubah.Cuma dia sahaja yang sanggup mencintai Damish dan menidakkan kebenaran tentang lelaki yang dicintainya itu.Dengan membawa hati yang lara,dia sanggup mengikit mamanya bertukar negeri walaupun hakikatnya dia tidak sanggup untuk berpisah denagn sahabat baiknya,Fia Fitha dan Yasmin Afiesha.
  'aku minta maaf Fitha,min..aku terpaksa pergi.Aku tak sanggup lagi nak mengadap muka Damish lagi.Aku ni bodoh sebab sayangkan dia,cintakan dia,tapi dia tak pernah hargai pun cinta aku untuk dia.Aku dah tak sanggup nak butakan mata aku walhal aku tak buta.Aku dah tak larat lagi dah nak tengok dia buat aku macam kuli dia je.Aku malu dengan diri aku.Maafkan aku teman.Doakan kebahagiaan aku.Biarlah waktu yang menentukan segalanya.But korang jangan pernah lupakan aku.Kau berdua teman aku selamanya sampai akhirat!' manik-manik jernih itu terus jatuh membasahi pipinya dengan laju.Masih terasa kehangatan persahabatan mereka bertiga bersama.Apa sahaja,pasti mereka akan bercerita dan bergongsi.Tapi,tidak lagi kini.Dia sendiri berseorangan tanpa mereka.
"Ehem!!" dia terkejut.Sepantas kilat dia menyeka air matanya.Dia tidak mahu sesiapa melihat dia menangis.
"Nah!Ambillah sapu tangan ni!" satu helaian sapu tangan berwarna putih bercorak merah dihulurkan kepada gadis yang sibuk menyeka air mata di hadapannya.Gadis itu seakan ketakutan apabila melihatnya.Erish mengeluh lalu melabuhkan duduknya di sisi gadis itu.
"Jangan takut.Saya tak akan apa-apakan awak la." ujar Erish lembut.
"Saya tahu." Erish memandang lama wajah gadis itu yang kelihatan samar-samar dalam kegelapan cahaya malam.
"Apa maksud awk?" tanya Erish kehairanan.
"Awak bukan ke 'abang' yang tegur saya dekat sekolah pagi tadi?" tanya gadis itu dengan lembut dan sendunya masih bersisa.
"Pagi tadi?em,,," Erish termangu.Cuba mengingati apa yang diujar oleh gadis tersebut.
"Tak ingat?" Gadis itu merenungnya.Lalu tiba-tiba senyuman dihadiahkan kepadanya.
"Oh,budak perempuan dari Kl tu ke?" teka Erish.
"Ha!ingat pun!Sayalah pagi tadi tu bang!" terang gadis itu.Dia tersenyum lagi.Kali ini lesung pipitnya jelas timbul di kedua belah pipi gadis itu.
ღ 'cantik' detik hati Erish.Hatinya tiba-tiba berdebar kencang.Erish kaku merenung gadis itu.
ღ 'aduh,nape ni?pelik je jantung aku ni!macam rasa lain gila!'
"Abang form 6 upper ke lower?tapi kan 'bang',saya tak nampak pula signboard form 6.Kenapa ye?"
"Hah?Form 6?" mata Erish membulat.
"Yela,form 6.Kenapa bang?"
"Tak ada apa."
"Habis tu,kenapa abang macam terkejut je?"
"Awak ni banyak tanyalah.Tadi awak menangis,sekarang banyak pula awak bercakap ye.Kenapa awk menangis?" Erish merenung gadis tersebut.
"Kenapa ye?Mana ada.Maybe mata saya ni masuk pasir kot.Saya mana ada menangis pun."
"Iya ke?" Erish mengerutkan keningnya tanda meragui.
"Iya lah 'bang'.Yang 'abang' sibuk-sibuk ni kenapa?Ni mesti 'abang' nak pergi dating dengan aweks kan?yelah,pakai hensem-hensem je ni."
"Mana ada awek pun."
"Eleh,tipulah!'abang' kan hensem,tak akanlah tak ada awek.Mesti ramai yang minat 'abang' kan?"
"Tak adalah.Ni kat sini malam-malam buat apa?Mak tak marah ke?" gadis itu menggeleng perlahan.
"Mak saya kerja.Pagi nanti baru balik.Overtime." jawabnya seakan mahu tak mahu.
"Oh,awak ni duduk kat mana?Tak nak balik ke?"
"Duduk dekat sinilah.Tak nak balik lagi.'Abang' nak balik,baliklah.Bye!" ucap gadis itu mesra.
"Siapa cakap saya nak balik?Tak ada pun!'
"Ok!'abang' selalu ke datang sini?"
"Selalu jugalah.Taman ni tempat lepak hari-hari.Kenapa?"
"Saja je tanya.'Abang'...." belum sempat gadis itu meneruskan pertanyaan,handphone milik Erish terlebih dahulu berdering minta diangkat.
"Sekejap ye." ujar Erish lantas menjawab panggilan yang sedang memanggilnya di talian.
"Hello pakcik!Kau kat mana?"
"Aku kat taman ni hah la datuk!"
"Lah!Pakcik!Aku kat rumah kau ni ha!Mohlah kemari.Aku ada cerita nak bagitahu kau ni."
"Cerita apa datuk?Malaslah aku.Esok jelah kita story ok!'
"Alah pakcik!Ni cerita pasal Maryn lah!Kau dah tak nak dengar ke?" dada Erish berdegup kencang.Hatinya tidak keruan apabila nama Maryn yang diutarakan oleh teman baiknya itu.
"Kenapa dengan dia datuk?" tanya Erish dengan nada yang terketar-ketar.
"Tulah aku cakap.Cepatlah balik!Susahlah nak bercakap trough call ni!Habislah kredit aku!"
"Berkira ek kau datuk dengan aku yang segak bergaya ni!Aku sekeh kepala kau tahulah!"
"Janganlah marah pakcik!Aku kenalah save.Nak bergayut dengan marka aku lagi.Macam man?hahaha..Dah!Baliklah!"
"Ok datuk!Roger and out!" talian dimatikan.Satu keluhan keluar dari mulutnya.
ღ 'Apa Maryn ni dah buat lagi?Peninglah!Perempuan tu tak habis-habis buat aku jadi sesak nafas.'
"Em,'abang' are you ok?" tanya gadis itu perlahan.
"Ok je!Awak baliklah!Dah lewat.Saya nak balik ni."
"Tak apalah 'bang'.saya balik nanti je.'abang' baliklah dulu ye."
"Suka hatilah!" lantas Erish berlalu meninggalkannya dengan keadaan yang terpinga-pinga.Dia cuma mahu cepat balik ke rumah dan mendapatkan temannya itu.Erish binggung sendiri.Dalam hati dia menjerit kemarahan.
ღ 'Maryn!!!!!!!!!!!!!Aku BENCI kau!!!!!!"









No comments:

Post a Comment