luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Friday, February 18, 2011

banyak mulut

saya sangat penat sejak beberapa hari ini
penat sebab ada exam
penat membaca,mengingat juga penat untuk memahami.
saya sangat penat dan memang penatlah.
penat untuk bergerak
untuk membaca dan menulis.
saya sangat penat dengan semua yang ada
namun satu je yg tak pernah memenatkan saya
iaitu saya sangat TAK penat bercakap
mengapa ye??
Mak saya kata saya ni banyak mulut.
Tapi saya kira saya punya mulut satu je.
Macam mana mak saya kata saya banyak mulut ye?
Hairan binti pelik pula saya.
Puas saya fikir dan fikir.
Entah-entah tiap kali mak saya tengok saya
dia nampak mulut saya je banyak tak
padahal mulut saya satu je.
Ish-ish kesiannya mak saya kan?
Tak pe mak 
untuk mak saya belajar pandai-pandai
kerja gaji besar nanti saya ubatkan mak ye
kesian mak saya.
Hehehe.Takpe saya sayang mak saya walaupun
mak saya nampak mulut saya banyak padahal mulut saya satu je
saya tetap sayang mak saya.
Saya CINTA mak saya.
I LOVE YOU lah mak!!

p/s:Xoxo untuk mak saya banyak-banyak.Kalian jangan jelous tau saya xoxo mak saya.Korang bace jelah ye.Hehehee.

Thursday, February 17, 2011

lampu isyarat hidup

Dulu saya sangka hidup kita ni tak ada STOP!
Tapi rupanya hidup kita ni pun punya lampu isyarat MERAH yang menyuruh kita berhenti.
Selama kita hidup di dunia ini Lampu merah itu masih tidak menyala
Isyarat yang kita ada semua isyarat LAMPU HIJAU.
kita berjalan,bercakap,berlari,bercinta semua NON STOP.
Namun ada satu ketika lampu isyarat kita menyala warna KUNING.
Tandanya kita letih dn harus perlahan melakukan semua aktiviti.
Time tu pergerakan kita semua kita kendurkan
di masa lampu isyarat KUNING ini seolah-olah kita mungkin sakit,cedera atau mungkin penat.
Lalu selepas seketika kita sihat dan cergas lampu isyarat itu HIJAU kembali.
Selama kita menjalani kehidupan dengan terus bergerak dengan
isyarat HIJAU yang diberikan
kita langsung tak peduli bilakah,kapankah,adakah
lampu isyarat MERAH kita akan menyala
kita langsung tak tahu tarikhnya lampu isyarat HIJAU atau KUNING kita akan bertukar ke MERAH.
bagi manusia yang hidupnya memang cuma tinggal lampu berwarna KUNING
pasti bimbang bila-bila saja LAMPU MERAH itu akan menyala
namun bagi manusia yang lampunya sering
KEHIJAUAN dan tiada NON STOP tiada lampu PERINGATAN KUNING
untuk berjaga-jaga memang tak gentar dan tak pernah risau
tapi jangan disangka cuma lampu KUNING saja
mungkin menjadi lampu isyarat MERAH
kerana lampu HIJAU kita juga mungkin tanpa sedar
tak mengira waktu,detik dan saat
bisa sekelip mata menjadi MERAH.
maka waktu itu nafas kita,pergerakan kita automatik akan terberhenti
ibarat kenderaan yang akur dengan lampu isyarat mereka untuk berhenti.
saat itu kita takkan bernafas lagi.Kita takkan bisa bicara lagi.
kita takkan bisa ketawa,menangis dan kita akan terus asing di alam lain.
Lampu isyarat MERAH kita tak akan HIJAU atau KUNING lagi.
Semuanya TAMAT disitu.
Kita akan sepi dan saat itu kita cuma sendiri menghitunng waktu sendiri bersama lampu
isyarat MERAH yang terang menyala.
Isyarat lampu itu akan terus MERAH dan takkan padam.
kerana sekali ia menyala MERAH,hidup kita THE END.
Tanpa kita bisa cakap STOP,PLEASE,NO!
ia akan terus menyala MERAH dan melenyapkan hidup kita tanpa menunggu
sesiapa pun walau cuma untuk sesaat.
Itulah ertinya LAMPU ISYARAT MERAH dalam hidup kita.

p/s:Ehem!Ni jangan pulak lampu isyarat merah kat jalanraya tu anda berhenti dan tak drive-drive dah pula ye.Memang anda kena baling kasutlah alamatnya.Hahaha.Ini cuma ibarat life kita dengan lampu isyarat hidup kita.Nyawa kita.Araso??hehe

aku juga sama.

Aku butuh waktu
aku perlu ketenangan
aku ingin berlari dalam hujan
menenangkan hatiku
aku keliru dengan dosa semalam
dengan kudratku yang tak mampu melawan
dengan kisah silam membunuh hatiku
aku buntu wahai kawanku
bukan aku tak mahu bergongsi cerita
tapi entah dari mana aku mahu mula
adakah disini atau di soalan itu
atau mugkin cerita hari ini semalam atau kenangan itu
aku keliru bila aku menjadi tak tentu
bukan sengaja ku telan biji-biji kecil itu
tapi itulah penawar lara yang kekal denganku
selagi aku hidup
harga itu yang aku harus bayar
harga itu harus ku tanggung
aku tak sempurna lagi
sarafku,kudratku,warasku,stabiliti aku
semuanya aku tak sesempurna dulu
pada siapakah harus aku salahkan kecacatan aku ini?
pada siapa aku mahu merintih bertapa aku terseksa?
pada siapakah kawan??
saat air mata berlagu dan merintih
selebat hujan dan guruh di langit
kau kaku disitu
kau cuma nyatakan padaku
aku manusia lemah
tak berani menghadapi realiti aku cacat
tapi berpura sempurna
benarkah begitu??
Pada siapa harus aku soal mengapa aku yang dipilih oleh tuhan
dipilih menjadi bayaran sakit itu?
aku tak punya jawapan
demi kasih yang tercebis
demi lara yang kian menggunung
demi cinta yang masih berbaki
aku terpaksa bangkit
walau sedari jujurnya
aku lumpuh walau realiti aku masih berdiri
hidup aku tak sama sepertimu kawan.
aku insan yang kekurangan yang kau sangka sempurna
aku insan terluka yang kau sangka senyumku bermakna
aku insan yang terhiris dengan kata kau sangka cool dengan guraunya
aku insan yang sensitif kerana silamku
yang kau sangka aku bahagia
aku insan yang lemah dan goyah
dengan sengaja kau tolak dan kau sangka aku
tak punya HATI
aku insan yang hatinya kecil
tapi kau sangka aku manusia TANPA jiwa
aku tetap sama sepertimu
terasa,cepat menangis,dan aku juga punya rahsia peribadi
tapi kau tak hormati
kerana kau sangka cuma kau sempurna dan AKU
aku..aku..aku manusia yang TAK COOL paling pernah kau kenali.
Terima kasih.

Tuesday, February 15, 2011

dia

berdosakah aku mengingatinya?Dia dan dia.Tipu aku tak rindukan dia.Tipu aku tak pernah mimpi dia.Tipu bila aku lihat seseorang sepertinya aku tak ingat dia.Tipu dan dustanya aku.
Dia masih ingat warna kegemaranku
kuih kesukaanku
chupachup kegilaanku
semuanya dia tak pernah padam dan penat untuk mengingati.
Begitu juga aku.
Semua tentang dirinya seakan abadi denganku.
Tapi semua itu dulu.
Semuanya berlalu.
Namun mengapa dia seperti tahu
bila saat aku berduka
dia sering ada.
Dia usap air mataku
Dia pujuk aku
Dia sentuh bahuku
agar aku lebih tabah dari sebelumnya
Dia terlalu istimewa dulu
Susah untuk lupakannya
Sebelum ke sekolah
Suaranya yang menjadi teman penyapa
ciumannya yang hinggap di pipi
Bila aku menangis kerana takut
dia yang menemani bersama linangan air mata
dia yang genggami jariku
hangat bukan kerana cinta
tapi kerana tulusnya dia menyayangi dan menjaga
Bila darah yang mengalir dari bibirku
dia tak goyah untk menyapunya
walau cuma tanpa alas
dia tetap tak jemu menjaga
aku rindu janjinya
rindu suaranya
rindu ketawanya
rindu dia usapi rambutku
aku rindu tuk menjadi sayangnya
namun itu semua dulu
adakah dusta atau jujur
aku keliru mencintainya
hingga terbenci rasa itu
cuma kadangkala merindui
si dia yang sering menjadi igauan malam dan siangku
si dia yang ku kagumi kerana untuk aku dia sanggup dicerca maki
untuk aku dia sanggup nyawanya tergadai
meruahnya tercalar namun semua dulu
sebelum ungkapan perpisahan yang sebabnya cuma kita yang tahu.

p/s:Kau yang bernama dia dari cerita si muchit dan chuutt

Monday, February 14, 2011

puisi

Bila ku berjalan seorang
di pantai yang shahdu
ku terasa seakan kerdilnya aku
di alam yang luas
di pasir yang menggebu dan bersisiran
aku hambamu yang hina
tuhanku
sungguh tak layak ku sebagai hamba didunia
kerana dugaanmu
fitrahku tak mampu menghadapinya
aku terlalu goyah
lemah dan tak bermaya
cuma linangan air mata
ku bisa mengungkapinya
bahawa aku tak mampu
teruskan segalanya
aku chupachup yang tak betah berdiri
berkata tak berteman
sendiri sepi
merenung malam nan gelita
segelap ceritaku
tanpa siapa.

mimpi

semalam saya mimpi dia datang.Rapat sangat.Dia bisikkan sesuatu.Saya tak dapat dengar.Saya nak cakap kat dia saya pelik kenapa saya rasa dia dekat sangat dengan dia.Bukankah dia dah takde?Saya rasa mimpi saya seolah-olah macam kenyataan.Dia usap kepala saya.Dia senyum manis sangat sampai saya rasa nak sentuh wajah dia.Tapi tak boleh.dia semakin JAUH.
kenapa wak datang cari saya.Awak nampak lain sangat.Dah hampir 5 tahun saya tak jumpa awak.Awak mesti happy sangat dekat atas sana kan?Awak,saya nak tanya.Bila agaknya awak nak bawak saya ke tempat awak tu?Layak tak saya wak?hm,saya rasa mesti awak BENCI tengok saya sekarang kan?Saya makin jahat.Saya makin teruk.Saya zalim.Saya hipokrit.Saya memilih dan saya kadangkala bukan manusia yang baik wak.Saya minta maaf sebab dah lama sangat tak jenguk awak.Wak,marahlah kat saya.Bencilah saya.Saya janji je kan dengan awak saya akan jaga semua kawan kita.Tapi semua benci saya wak.Saya tahu saya salah.Saya tak mampu nak betulkan keadaan walau sekali pun.Kenapa wak saya lemah sangat??
Saya tertanya macam mana awak mampu tabah hadapi kenyataan dulu?Masa awak sakit?Masa awak terlalu sakit dan perit???Wak,saya tahu saya berdosa setiap kali saya doa saya mintak jadi macam awak.Saya tak patut kan.I'm not deserve to be like u.But i want it.I want die like u.Biar tak ada sesiapa mampu menyoal kenapa saya pergi sebab saya tak diperlukan pun wak.
Awak,sebelum saya pergi camp dia text saya lagi.Dia cakap saya perempuan paling menyusahkan dia.Siapa wak saya dalam hidup dia?Bukan ke saya darah daging dia?Wak,jadikanlah saya sekuat awak.Sya tak mampu wak.Saya takut saya banyak mengumpul dosa dari pahala.Apa je yang saya buat semua salah.
Saya rindu nak peluk awak.Awak best buddies saya.Awal awak pergi.Masa awak pergi dulu,saya sedih sangat.Saya rasa macam tipu je awak dah tak de.Hakikatnya memang realiti.Awak saya nak cakap dengan awak.Tapi semalam masa saya mimpi awak.Awak cuma senyum.Kenapa?Adakah masa saya akan tiba??
Awak nak tahu,saya dapat jadi s/u event.Hm,tapi masalah medical check up.Macam mana saya nak jujur?Saya tak nak sesiapa simpati.Saya nak jadi macam orang lain jugak wak.Malam pertama saya tidur dalam khemah baru 2 hari lepas,saya hampir kantoi telan pil killer.Saya tak tahu nak jawab macam mana dekat senior tu nasib baik kebetulan saya terluka.Saya cakap nak tahan sakit je.Saya kan lembik.Wak,sampai bile saya kena bertahan?Wak tolonglah saya.Saya merayu ingin pergi.Terlalu parah luka ni wak.Walau diubat saya tak tahu mampukah saya bertahan.

Thursday, February 10, 2011

awak

Awak,awak.awak.awak.

awak baca ni!Cepat!hehe.saja suka usik.Hm,awak nak tau tak satu rahsia?Meh dekat-dekat dengan skrin pc tu dan baca.Tapi baca dalam hati je tau nanti orang lain dengar.Malu tau!

Ish awak ni saya suruh awak bacalah bukan senyum.Dah jangan senyum lame-lame nanti ada yang terpikat dengan awak nanti.Macam mana??Ha!Menangis lagu hindustanlah saya.Haha.

Awak saya taip ni.Awak baca elok-elok ye.
"Saya kan awak,sa....aaaaya saaaaa aaaaa yyyyaaang aaa wwwwwaakkkk sangaaaaaa ttttt!Haha."
Awak faham tak?Hehe.Kalau awak tak faham cuba awak baca terbalik pulak.Haha.Tak delah gurau je.hehe.Masa awak buka blog saya ni mesti saya dah tak de dah.Saya jauuuuh dari awak.Maaf sebab saya tak de dekat depan awak.Tak de dekat sisi awak.Tapi awak tahu kan saya sayang awak sangat?Awak tahu kan saya awak punya je kan??

Awak saya tak tahu nape saya rasa sedih nak pergi jauh ni.Hm,saya harap awak sihat.Jangan lupa makan tau!Awak,kalau saya tak de nanti awak nak buat apa?Ha!Mesti awak jerit-jerit sorang-sorang cakap awak rindu kat saya kan??Haha.KANTOI!hehe.Tak pun awak cakap cepatlah balik!ehem!
Saya tau awak sayang saya sangat.Saya pun sayang awak sangat!Awak.Kalau saya tanya boleh tak?Awak jangan marah ye?
 "Kalau saya tak balik-balik macam mana?Kalau tiba-tiba saya tak call awak macam mana?Kalau tiba-tiba saya tak tunaikan janji nak cari awak lepas saya balik macam mana?Awak sedih tak?Apa perasaan awak kalau tiba-tiba saya hilang terus dalam hidup awak?Awak menangis tak??Kalau saya tak pergi tapi saya tak boleh bangun,saya tidur je dan saya cuma boleh jumpa awak dalam mimpi je.Awak marah tak??Kalau awak tak boleh dengar suara saya dan awak tak mampu nak dengar saya panggil awak dak poyo awak menyesal tak sayang saya?Kalau tiba-tiba saya tak boleh bangun,tak boleh cakap,tak boleh bergerak cuma nafas dan nadi yang berdenyut,awak asih ank tunggu saya ke wak?"
Saya tau mesti awak tak tahu nak jawab ape kan.Hm,saya cuma nak cakap.Hari ni mungkin saya boleh buat awak bertambah rindu dekat saya.Esok pun sama,lusa dan tulat.Minggu depan,bulan depan tapi kalau tiba-tiba saya kaku je hidup tapi tak sedar awak masih ke nak menyimpan rindu tu untuk saya?
Awak,saya sayangkan awak sangat.Dengan seikhlas hati saya nak cakap andai terjadi apa-apa tak diingini dan andai saya ni menyusahkan awak menanggung rindu dan sayang,saya tak paksa awak tunggu saya.
Awak saya kan sayang awak gila-gila.Saya nak sangat tengok awak selalu senyum.Saya minta maaf terllau banyak cerita dan rahsia saya tak cakap dengan awak.Saya cuma tak tahu nak mula dari mana.Saya takut sangat kalau awak tahu awak tinggalkan saya.Saya bukan tak nak cakap dengan awak atau sesiapa kawan saya tapi saya tak nak minta simpati.Saya tak mampu menahan sakit bila ada orang cakap saya ni macam sampah.Kenapa?Saya mungkin pernah buat silap pada orang tapi tak bermakna saya tak de perasaan.Saya tahu saya bukan orang yang baik dalam menjaga perasaan orang lain.Saya selalu kan awak buat orang lain sakit hati pasal saya?Selalu kan orang tak suka dan tak puas hati dengan saya??kenapa ye wak?Awak pun mesti ada kan perasaan tak suka dekat saya?
Saya tahu dulu ada orang sayang saya,saya kecewakan.Saya diam,saya simpan masalah semuanya sorang-sorang.Tapi diaorang tak tahu saya bukan sengaja cuma saya tak sanggup terungkit macam kenangan saya yang lama.Kerana masalah saya dan keluarga,saya dimaki.Dia cakap dia sayang saya tapi bila dia dah tak sayang dia ungkit semua.Dia buat saya macam tak ada hati.Sebab tu saya takut sangat nak cerita apa-apa.Jangan sayang saya sebab simpati.Jangan sayang saya sebab kelebihan saya yang mungkin satu masa allah akan hilang dan tarik segalanya.Sayanglah saya sebab saya.Tapi dia tak sayang saya sebab tu.Hm,saya tahu saya suka diam dan pendam masalah saya.Bila saya terlalu sakit saya buat benda bodoh dan saya tahu segalanya buat saya serik sekarang.Apa saya buat dulu balasannya terlalu berat dan sekarang saya tanggung segala keskitannya.
Tapi kenapa wak bila ramai yang ungkap sayang,diaorang tak paham pun kenapa dan sebab apa diaorang sayang saya tu?Dan bila sesuatu kesalahan saya buat bersebab seakan saya yang dipersalahkan selamanya.Tapi saya tak kisahlah.Yang penting diaorang bahagia.Saya takut wak kalau saya pun akan hilang awak macam tu.Saya ni tak sempurna.Terlalu banayk duri dan kaca mengelingi saya.Saya takut bila awak dekat dengan saya,awak juga akan terluka.Saya tak minta apa-apa dari awak tapi please awak tunggu saya ye kalau apa-apa terjadi dekat saya.Saya sayang awak sangat!!!!Awak jangan tinggal saya tau.Sya tau dulu saya salah dekat dua orang ex saya sebab tinggalkan dia orang.Tapi percayalah saya punya sebab.Saya tak nak mereka terluka dengan saya.Sakitnya membuat keputusan cuma ALLAh je yang tahu.Saya minta maaf sangat.Awak.Untuk awak saya takkan tinggal awak sebab saya tak mampu kehilangan sesiapa dah.Saya tak ada sesiapa dah.Cuma awak je yang sayang saya.Saya tak mampu hidup tanpa awak.Sebab dah tak ada orang nak peduli pun pasal saya.Kalau saya sedih,saya nak cerita macam-macam dah tak de siapa nak mendengarnya walau cuma perkataan 'tolong' sebab saya tak berhak ditolong mereka kan?Cuma mereka je yang nak ditolong dan didengari.Saya faham wak siapalah saya bagi mereka.Awak saya sayang awak.Awak saya tak nak hilang siapa-siapa dah.Tapi nak ke diaorang terus ada dalam hidup saya kembali,teman-teman saya?Entahla.Saya nak sangat kawan amcam dulu.Tapi..andai saya tak balik wak.Awak kirimkan salam saya pada semua teman kita ok.Salam.

permulaan.

Esok pengembaraan bermula lagi.Cerita kehidupan gadis yang bernama cik chupachup.Walau tak seindah dan tak semanis nama perisa gula-gula kegemaran namun hidup mesti berani.Risikonya esok.Penentunya esok.Soalan pertama di fikiran mampukah cik chupachup nak ke hutan lagi?Entah.Permintaan terlalu payah untuk ditolak memandangkan macam beria sangat senior-seniorku ajak.Yelah dia orang dah nak graduate.Hehe.Bestnya kan.Giliran cik chupachup pun tak lama lagi.Sabar je lah menanti penantian.Haha.
Cerita hari ini apa ye?Em,wahai si blog chupachup.Rasa rindu sangat pada kamu.Kenapa ye?Macamlah lepas ni dah tak boleh update kan?Tapi kalau tak boleh macam mana?Sudahlah banyak merepek je.Hehe.Pesanan buat semua jaga diri ok.cik chupachup no hal je.Haha.Banyak betul ketawa hari ni jangan nak menangis nanti sudahlah.Mati la cik chupachup kena kutuk dengan sunbae hensem-hensem tu.Haha.Dah lah hari tu pergi camping cik chupachup jatuh dan ternangis dia orang cakap muka cik chupachup innocent gila.Haha.Ada siap cakap boleh tak nak pinjam buat teddy bear??haha.Sengal je.Tapi terima kasih lah sedang cik chupachup menangis sempat juga ketawa walau time tu sakit jatuh kat batu tuhan je tau.Nasib baik kena jahit 3 jahitan je.Mak aish!haha.Itulah akibatnya terlalu nak jaga org lain diri sendiri tak terjaga.Haha.

Wednesday, February 9, 2011

mengapa.

Ada ketika ku soal diriku "Apa yang ku mahu?" lalu si sekeping hati mengetuk kamar hati."Senyuman seikhlasnya." Ku soal diriku lagi."Apa yg selalu ku senyum itu fake?Palsu?Pura-pura?" si hati menyahut lagi dengan sentapan
"Ia.Palsu.Kenapa bila kau sedih kau tak pernah suarakan?Bila kau menangis kau tak mengaku kau menitiskan?Bila kau sakit kau derita dan kau sepi namun bila kau punya teman kau diam bila mereka bertanya?Mengapa?Bila temanmu kesakitan,kepayahan dan kesusahan kau gelisah.Kau sedih dan berduka namun mengapa tiada lara untuk deritamu sendiri?Tak sayangkah kau pada dirimu??"
apa benar kata hati aku kejam pada diri sendiri?Bukan aku tak benarkan diriku bahagia namun seakan melayang jiwa kerana ku rasa aku tak berhak memilikinya.Berdosakah perasaan ini??
Aku tak berdendam tak sedikit pun perasaan itu terbentuk namun mengapa kau bilang aku kejam?Jahatkah aku?Andai aku harus dibenci kerana sesuatu.Bencilah wahai hati.Andai mereka sahabatku juga mahu begitu.Teruskanlah.Aku memang ada bila mereka perlu namun bukan bermakna aku tak perlukan mereka cuma entah terlalu perit memori lalu mengajar aku ketakutan sendiri.Masa lalu masa itu memberi kesan ngeri buat ku.Ada diantara mereka bertanya padaku mengapa sendiri?Mengapa pentingkan diri?Mengapa menyepi?Mereka boleh cakap apa je.Bila aku ingin berterus terang tiada pun mereka.Bila aku mahu bercerita tiada satu pun yang bersama jadi mengapa mereka bertanya?Untuk apa?
Teman baik.Aku sayang semuanya diantara mereka.Tak tersilih gantinya sayang itu dan takkan terbuang walau beribu tahun.Namun hidup kita tak sama.Mereka tak akan pernah mengerti apa jiwa ini rasa,apa yang hati ini tangiskan apa yang air mata ini titiskan.Tapi sedih dan hampa bagaikan menusuk jiwa ada juga yang cakap aku tak pernah bersyukur kerana memiliki mereka sebagai teman.Nak saja ku bertanya apa kau pernah rasa seperti aku?Apa kau menanggungnya untukku?Sedihku tak ku jaja pada mereka namun kenapa mereka mesti memaki dan menghina.Binggung kalau difikirkan namun entah sesungguhnya ku maafkan dan ku tak pernah marah pada sesiapa pun.
Andai mereka dan sesiapa rasa aku menyusahkan dan akulah teman terjahat mereka.Aku faham.Kerana ku tahu aku memang jahat sangat.Takkan ku dendam dan tak ku kisah.Janjiku sebagai teman tetap ada.
Ada kala ku bertanya benarkah ku tak diperlukan di sisi siapa selain dia?Selain sayangku selain jiwaku selain hatiku?Terkilan terasa bila teman yg lain seronoknya dapat cakap dengan parents dia orang nak exam ni.Tapi aku?Entah.Yang satu hilang entah kemana.Yang satu cuma meletakkan sepenuhnya padaku seakan aku sempurna.Rindu untuk mendengar kata-kata semangat namun hampa.Ingin ditangiskan tapi macam bodoh bila kerana tu pun aku nak terasa.Tapi kenapa ye bila aku yang salah dan akulah yang tak betul,mereka pasti mempersalahkan aku.Jahilkah aku hidup di dunia ini?Kadangkala aku tertanya siapa aku di dalam hidup mereka?Tak sayangkah mereka padaku?Ya allah aku tak punya jawapan yang ada cuma mimpi ngeri.Kenpa hati terlalu hipokrit untuk menahan tangis ini.Tapi aku tak mampu mendengar mereka mengata bila aku bercerita atau mengadu atau berkongsi duka..Ku tahu mereka tak rasa tapi kenapa mahu memperlekehkannya?Aku tahu aku tak sempurna seperti mereka tak punya apa mereka punya tapitak bermakna aku tak punya jiwa dan hati.Itulah hartaku.

"Hati tercarik saat dengar kau ketawa kau soalkan mana asalku kau soalkan kecacatanku kesakitan aku.Mungkin aku tanpa sesiapa dan aku sendiri itu buat aku bahagia.Namun dalam sirna kau tak pernah tahu aku berendam air mata.Kau kecilkan aku ibarat aku kejahilan yang paling pernah kau jumpa.Terima kasih.SAHABAT"

Monday, February 7, 2011

janjiku

kenapa ye bila luahan jiwa dan rasa ni tak terungkap menyulitkan suasana.Belum kuatkah diriku atau sebaliknya memang saya terlalu lemah untuk disini menghadapi segalanya?Kenapa bila rasa bahagia segenap rasa timbul pasti perih menjalar sanubari walau sesaat saya ketawa tapi saya tetap akan menangis juga.Kenapa mesti tangisan itu berlagu sepi bukan bahagia?Bukan tak mampu tuk meluahkan namun diri terlalu terkilan.Kenapa awak,kadang-kadang saya malu nak hadapi diri sendiri.Nak cakap dengan awak apa lagi.Saya cuba jadi penasihat yang baik tapi saya tak mampu jadi baik.Salahkah saya.Kekadang terlalu rindu sangat untuk jadi orang yang tak peduli.Tapi itu bukan saya.Masalah tu berlalu namun bukan untuk sehari,sebulan atau setahun cuma sesaat.Tangisanku cuma kering 1 minit dan pasti ia kembali menitis.
Awak..saya cuba kuat.Saya cakap dekat diri saya,sejauh mana saya langkah,sekuat mana orang buat saya,sesakit mana hati saya,saya kuat dan saya tabah.Tapi saya salah lagi.Kenapa bila saya sorang-sorang saya nak jugak nangis.Saya nak peluk awak,tapi tangan saya tak mampu nak gapai tangan awak.Saya nak cakap dengan awak,please tunggu saya.Tapi mulut saya tak mampu ucap apa-apa.Malam tu,saya rasa sakit sangat.Saya ingat Allah akan tarik saya kembali.Saya menangis bukan kerana menahan sakit tapi saya nangis sebab gembira.Maafkan saya wak.Saya tak sabar nak jumpa DIA.saya nak TEMANI DIA.tapi mampukah saya duduk disisiNYA?hati saya gelisah.Sakit saya tak keruan.Maaf tanpa sedar saya tak mampu jadi tabah sedangkan menahan sakit dan keperitan tu pun saya tak mampu.Hati saya tergores,jiwa saya cedera dan hidup saya entah.Dalam suram saya menangis je,saya sakit sangat.Saya nak cakap dengan awak tapi saya tak nak awak dengar saya menangis.Saya tak mampu nak berpura-pura saya ok jadi saya ambil keputusan untuk menyepi.Awak,kalau awak tahu saya tipu awak saya cakap saya ok tapi saya tak mesti awak benci saya kan???Awak janganlah benci saya.Saya sayang awak sangat tapi saya tak nak awak risau.Sesiapa pun saya tak nak risaukan saya.Bila mama tanya saya senyum je,walau terpaksa senyum dalam perit saya rela.Bila uncle saya tanya kenapa pucat,saya cakap sejuk je.Saya tak nak siapa-siapa risaukan saya.Saya tak nak jadi beban.Cukup 'beban' dulu.Cukup maki-hamun dulu.Saya tak mampu.Awak..tahu tak saya ni jahil sangat.Mesti awak dah tak sayang saya kan?Awak kalau saya mati cepat.Awak jangan menangis.Awak bencilah saya ok.Saya tak nak sangat tengok awak menangis sebab saya.Hati saya hancur wak.Cukup hati saya hancur sebab mereka.Tak ada orang peduli saya pun.Kalau saya mati,saya rasa awak je yang rasa kehilangan tapi mereka entah-entah buat kenduri makan besar-besar.Kenapa ye awak dia orang benci sangat kat saya?Saya nak ada keluarga sempurna.Saya tak marah sebab takdir hidup saya macam ni tapi saya sedih kenapa saya tak mampu ada mereka.Kenapa mereka tak peduli pun dekat saya?Kadang-kadang saya tertanya,siapa saya ni?Saya redha wak.Saya sakit saya janji tak akan susahkan siapa-siapa.Saya akan tanggung semua sendiri.Sebab saya cuma saya dan saya sayang sangat dekat mereka dengan awak.Saya janji saya takkan susah kan awak.Awak jangan benci saya tau.Kalau awak nak benci saya juga maafkan saya wak.Awak janjilah awak takkan tinggal saya.Walau mereka buang saya,awak tak kan??Awak,saya tertanya tanya saya ni jahat ek,nakal ek sampai saya tak pernah diperlukan.Saya sedih sangat tapi tak apa Saya sengsara dan sakit jangan mereka.Saya tak nak sesiapa sakit walau cuma awak.Saya sedih sangat!saya janji saya akan sentiasa ada untuk mereka dan awak selagi saya hidup.Jangan risau.Itu janji saya selamanya.Walau saya berkorban nyawa saya sanggup cuma melihat semua tersenyum namun bukan berduka.Walau saya terseksa tu bukan masalah sebab saya dah biasa.Saya sayang awak.awak dan awak.

p/s:Saya sayang awak.Saya nak awak je.Awak kalau saya hidup untuk cuma 6 bulan je lagi.Awak janji jangan tinggal saya tau.Saya sayang awak.Kalau lepas saya dah tak ada awak nak benci saya,saya redha tapi please benarkan saya selalu sayang awak walau dari jauh.

Thursday, February 3, 2011

tamatla please

berhentilah menangis wahai air mata
aku tak mampu terbang tinggi ibarat rama-rama
aku tak mampu menjadi penyeri sesiapa
berhentilah hati
menoreh luka dalam hati
berhentilah jiwa menyiksa sanubari
mungkin jalan ini bukan jalan hidupku
tak bahagia didunia
mungkin bahagia di syurga
namun mampukah aku?
terlalu rindu tuk tersenyum
tuk bahagia disamping mereka
keluarga tersayang
namun mengapa semua tak sama
seperti lainnnya
rintihan sendu nafasku terhenti
menyisip air mata
namun ia mengalir lagi
sayang air mataku
seakan tiada harga
jeritan tiada mampu siapa dengar
hatiku sayu
lukanay dalam tak bergetar lagi
cuma menggigil ketakutan
membelenggu sendiri menahan batin hati
hati terbanglah bawa diriku
tolonglah aku
matikan aku
kerana cuma itu membahagiakan batin dan jasadku.

sebenarnya.

kenapa ye awak.Saya tak pernah nak bahagia?Kenapa ye awak saya kalau senyum pun cuma sementara?Kenapa ye awak hidup ni susah sangat.Saya cuba jadi kuat tapi saya tak mampu.Depan semua orang saya pura-pura bahagia,happy,ceria tapi dalam hati saya.fikiran saya macam-macam saya fikir.Hm,saya tahu berdosakan kalau kita mempersoalkan takdir.Tapi kenapa hidup ni tak pernah sekali saya bahagia betul-betul.Bila saya buka mata je ada je yang akan timbul dan ada macam-macam masalah je.Saya tak mampu nak menghadapi semuanya.Ada orang cakap saya ni kuat,saya boleh menghadapi semua dugaan saya.Tapi saya tak mampu.Kekadang saya menangis sorang-sorang.Orang tak ada siapa pun tahu.Bila saya cerita,orang cakap 'em' je.Saya tahulah semua bahagia dan kalau ada masalah pun bukan bertimpa-timpa.Saya tahu semua orang selalu pandang rendah kat saya.Saya bukan cantik,saya bukan pandai,saya bukan anak orang kaya.Saya biasa je awak.Saya tak salahkan dugaan dan takdir.Saya tak marah sesiapa cuma kadang-kadang saya sedih sangat.Bila orang perlu saya,semua cari.Tapi bila saya yang sedih semua cakap 'alaa biasalah tu.'Kadang-kadang belum saya cerita semua dah blah dan buat tak tahu.Saya tahu tak semua hidup orang sama namun kadangkala manusia ni terlalu hipokrit.Cakap kawan tapi macam musuh.Cakap sayang tapi tak pernah peduli pun.Saya tak minta simpati tapi sedihnya bila orang susah dan bermasalah,kita orang pertama yang risau namun bila kita??Awak,saya tak kuat.Menghadapi perasaan takut menghadapi dugaan ni.Saya tak kuat sangat.Bila doktor cakap pasal diri saya pun saya dah malas nak ambik tahu.Kadangkala saya nak je mintak paa allah bagilah saya mati cepat-cepat tapi saya tahu tu perkara berdosa sangat.Saya betul-betul tak mampu nak menghadapi semuanya walau cuma untuk seminit lagi.Menahan sakit.,menahan duka,segalanya terlalu perit.Walau saya cuba buat bahagia hakikatnya saya cukup tak mampu awak.Saya bukan tak redha cuma saya sedih sangat.Maafkan saya.Kalau dalam dunia ni sayalah manusia yang paling banyak dugaannya.Saya cuba akan tetap redha.Awak,kalau saya tak ada awak jangan sedih ye.Maafkan saya sebab secara jujurnya saya tak jaga langsung pasal diri saya.Saya tak peduli walau seminit lagi saya mati sebab mungkin akan meringankan beban semuaorang.Saya tahu saya tak patut cakap macam ni tapi saya tak mampu untuk berkata lain dan tak mampu saya begini.Saya minta maaf awak.

p/s:Awak,maafkan saya.Kalau saya pergi maafkan saya.Saya bukan tak sayang awak tapi...maafkan saya.

salah siapa

tika masa ditarik kembali
tika takdir seakan tak menyebelahi
semuanya seakan tidak sama lagi
siapa yang harus dipersalahkan
dalam soal ini?
apakah aku
atau mungkin mereka
entah..
aku tak mengerti
hingga satu saat
perasaanku terlalu kecewa dengan perjalanan ini
bukan aku tidak bersyukur
tapi perasaan itu sukar dipersoalkan
tanpa mereka aku tak disini
tapi dengan mereka
aku seakan tiada siapa
hidup yang berliku
membuat aku sendiri
dan buntu.

berputarlah waktu
berikan ia berlalu
meniti masa disaat aku bahagia
disaat aku bisa ketawa dengan ceria
air mata ini
tak mampu lagi
merintih dalam hati
menangis tanpa lagu
dan jemu menatap segalanya
yang tak pernah berlalu
aku cuma manusia
bukan robot dan bukan juga patung
tapi mengapa harus aku yang menanggung
keperitan tiada kesudahan
kebuntuan menjadi jalan
dan tinggal cuma dugaan tanpa hentian bahagia
dalam hidupku tanpa cahaya.


kisah aku yang tiada hentian cik chupachup

Tuesday, February 1, 2011

perginya aku

Bawalah pergi cintaku
telah ku putuskan
hatiku ingin kamu
tak bisa ku ganti dengan yang lain
cuma kau yang ada dihatiku

tertulis di tangan takdir
hidup ini tak akan lama
pasrah dengannya
aku berdoa
moga cintaku sampai akhir nyawa
cuma buat dirinya

terjatuh di titian
bergelinangan air mata kesakitan
bukan kerana sakit
tapi duka yaang berlabuh di hati
kerana cuma sampai sini saja
ku mampu memiliki cintamu

tak ingin aku berganjak dari hidupku
tapi aku tak mampu
suratan takdirku cuma disini
merelakan kau dengan yang lainnya
dan aku kan kembali menemani
pohon di langit tinggi
mengadap illahi

walau hati tak membenarkan
yang tinggal cuma kenangan dan ingatan
sedari mula ku mencintaimu
selamanya hayatku buatmu
di pangkuanmu ku pergi
dengan sisa cintaku buatmu yang terdalam
cuma kamu yang memiliki
hatiku dari mula hingga akhirnya.


p/s:Andai saya yang pergi sebelum awak.Andai cuma cinta yang menjadi ingatan.Percayalah walau jauh saya dari pandangan awak tapi saya tetap ada dalam jiwa awak.Jika saya diberi meminta permintaan terakhir,cuma satu..jangan pernah lupakan saya walau saat tu awak dah ada orang lain.

kekuatanku

Percayakah kau pada hati
Sedarikah kau betapa aku mencintai
Perjalanan yang perit
Ku lalui dengan seribu dugaan
Tapi tak pernah kau peduli
walau cuma satu kali
kau tak pernah bertanya
hingga tak mampu ku tanggung lukanya
ku berjalan menyusuri pantai
ku cuba tangkis bayanganmu
sesekali aku tak mampu
terduduk aku menahan sendu
mengapa luka ini menusuk hatiku
bagaikan duri tajam menembus hingga ke tulang rusukku
peritnya mencintai
namun ku akui
ini semua dugaan ya illahi
meniti hari ini aku kalah
tak bermakna selamanya ku mengalah
kerana hari esok
ku berjanji kan cuba terus bangkit
bukan merangkak lagi
malah mungkin berlari
dari bayanganmu yang membunuh hati.


the butterfly


kupu-kupu cantik bila dipandang.Namun apabila disentuh serinya seakan hilang.Cantik bila lihat si kupu-kupu berterbangan di sekeliling kita.Seakan bercahaya warna dan kelopaknya.
Perit pabila kehilangan sesuatu yang dihargai namun semuanya takdir.Dari sebuah perjalanan yang panjang menjadi singkat.Dari matahari terbit hingga bulan pula menyelimuti hari-hari kita dan tanpa kita sedar ia hilang disebalik kelam.Dalam hidup kita yang singkat ini kita belajar mengenal arti cinta.Walau cinta itu kadangkala tak kelihatan dan kadangkala kita tak pernah faham maksud yang tersirat tapi tanpa kita tahu cinta itu ada untuk kita.Sentiasa ada dalam hati menemani kita.

"aku belajar tentang hidup.Tentang cinta.Tentang berani menghadapi dan melepaskan.Semuanya tentang sebuah perjalanan yang menjadikan matahari,bulan,bintang,awan,langit dan hujan yang tidak akan pernah sama lagi.Dan menjadikan hidup masing-masing pelakunya juga tidak akan sama lagi................."
"mereka berbeda tapi perbedaan itulah membuat mereka saling melengkapi dan juga diriku..........." 
          dari filem The butterfly.

Manusia tak ada yang sama dan kita punya watak serta cara yang berbeza.Perbedaan itu membuat kita saling bersama.Saling memahami.Dan tak lupa kerana itu hadirnya perasaan cinta.Isu tak serupa bukan masalah.Isu sebenarnya penerimaan hakikat kita.Hati kita yang rasa,hati kita yang berdegup tiap kali merasainya.Perasaan cinta itu ikhlas.Tak salah mencintai kerana ia hadir bukan dipaksa,bukan juga untuk dipersoalkan dan juga bukan untuk disakiti.

Susah untuk menerima seseorang yang mencintai kita sedangkan kita tidak.Tapi tidak kah kita tahu perasaan cinta itu adalah anugerah?Perasaan tu bukan disengaja tapi ia hadir dengan rasa istimewa.Walau kita tak mencintai si dia tak bermakna kita perlu mempersoalkan dan membenci dia.Atleast kita hormatilah dia kerana cinta merupakan anugerah dan sesiapa sahaja berhak merasainya malah budak kecil pun mampu mengaku mereka jatuh cinta.
p/s:Jangan cepat melatah bila ada orang cakap dia cintakan kita.Kita perlu hormat dan percaya yang cinta itu ikhlas walaupun kita tak mencintai dia.Dan kita perlu tahu bahawa cinta itu patut dihargai.