"Ia.Palsu.Kenapa bila kau sedih kau tak pernah suarakan?Bila kau menangis kau tak mengaku kau menitiskan?Bila kau sakit kau derita dan kau sepi namun bila kau punya teman kau diam bila mereka bertanya?Mengapa?Bila temanmu kesakitan,kepayahan dan kesusahan kau gelisah.Kau sedih dan berduka namun mengapa tiada lara untuk deritamu sendiri?Tak sayangkah kau pada dirimu??"apa benar kata hati aku kejam pada diri sendiri?Bukan aku tak benarkan diriku bahagia namun seakan melayang jiwa kerana ku rasa aku tak berhak memilikinya.Berdosakah perasaan ini??
Aku tak berdendam tak sedikit pun perasaan itu terbentuk namun mengapa kau bilang aku kejam?Jahatkah aku?Andai aku harus dibenci kerana sesuatu.Bencilah wahai hati.Andai mereka sahabatku juga mahu begitu.Teruskanlah.Aku memang ada bila mereka perlu namun bukan bermakna aku tak perlukan mereka cuma entah terlalu perit memori lalu mengajar aku ketakutan sendiri.Masa lalu masa itu memberi kesan ngeri buat ku.Ada diantara mereka bertanya padaku mengapa sendiri?Mengapa pentingkan diri?Mengapa menyepi?Mereka boleh cakap apa je.Bila aku ingin berterus terang tiada pun mereka.Bila aku mahu bercerita tiada satu pun yang bersama jadi mengapa mereka bertanya?Untuk apa?
Teman baik.Aku sayang semuanya diantara mereka.Tak tersilih gantinya sayang itu dan takkan terbuang walau beribu tahun.Namun hidup kita tak sama.Mereka tak akan pernah mengerti apa jiwa ini rasa,apa yang hati ini tangiskan apa yang air mata ini titiskan.Tapi sedih dan hampa bagaikan menusuk jiwa ada juga yang cakap aku tak pernah bersyukur kerana memiliki mereka sebagai teman.Nak saja ku bertanya apa kau pernah rasa seperti aku?Apa kau menanggungnya untukku?Sedihku tak ku jaja pada mereka namun kenapa mereka mesti memaki dan menghina.Binggung kalau difikirkan namun entah sesungguhnya ku maafkan dan ku tak pernah marah pada sesiapa pun.
Andai mereka dan sesiapa rasa aku menyusahkan dan akulah teman terjahat mereka.Aku faham.Kerana ku tahu aku memang jahat sangat.Takkan ku dendam dan tak ku kisah.Janjiku sebagai teman tetap ada.
Ada kala ku bertanya benarkah ku tak diperlukan di sisi siapa selain dia?Selain sayangku selain jiwaku selain hatiku?Terkilan terasa bila teman yg lain seronoknya dapat cakap dengan parents dia orang nak exam ni.Tapi aku?Entah.Yang satu hilang entah kemana.Yang satu cuma meletakkan sepenuhnya padaku seakan aku sempurna.Rindu untuk mendengar kata-kata semangat namun hampa.Ingin ditangiskan tapi macam bodoh bila kerana tu pun aku nak terasa.Tapi kenapa ye bila aku yang salah dan akulah yang tak betul,mereka pasti mempersalahkan aku.Jahilkah aku hidup di dunia ini?Kadangkala aku tertanya siapa aku di dalam hidup mereka?Tak sayangkah mereka padaku?Ya allah aku tak punya jawapan yang ada cuma mimpi ngeri.Kenpa hati terlalu hipokrit untuk menahan tangis ini.Tapi aku tak mampu mendengar mereka mengata bila aku bercerita atau mengadu atau berkongsi duka..Ku tahu mereka tak rasa tapi kenapa mahu memperlekehkannya?Aku tahu aku tak sempurna seperti mereka tak punya apa mereka punya tapitak bermakna aku tak punya jiwa dan hati.Itulah hartaku.
"Hati tercarik saat dengar kau ketawa kau soalkan mana asalku kau soalkan kecacatanku kesakitan aku.Mungkin aku tanpa sesiapa dan aku sendiri itu buat aku bahagia.Namun dalam sirna kau tak pernah tahu aku berendam air mata.Kau kecilkan aku ibarat aku kejahilan yang paling pernah kau jumpa.Terima kasih.SAHABAT"
No comments:
Post a Comment