Aku butuh waktu
aku perlu ketenangan
aku ingin berlari dalam hujan
menenangkan hatiku
aku keliru dengan dosa semalam
dengan kudratku yang tak mampu melawan
dengan kisah silam membunuh hatiku
aku buntu wahai kawanku
bukan aku tak mahu bergongsi cerita
tapi entah dari mana aku mahu mula
adakah disini atau di soalan itu
atau mugkin cerita hari ini semalam atau kenangan itu
aku keliru bila aku menjadi tak tentu
bukan sengaja ku telan biji-biji kecil itu
tapi itulah penawar lara yang kekal denganku
selagi aku hidup
harga itu yang aku harus bayar
harga itu harus ku tanggung
aku tak sempurna lagi
sarafku,kudratku,warasku,stabiliti aku
semuanya aku tak sesempurna dulu
pada siapakah harus aku salahkan kecacatan aku ini?
pada siapa aku mahu merintih bertapa aku terseksa?
pada siapakah kawan??
saat air mata berlagu dan merintih
selebat hujan dan guruh di langit
kau kaku disitu
kau cuma nyatakan padaku
aku manusia lemah
tak berani menghadapi realiti aku cacat
tapi berpura sempurna
benarkah begitu??
Pada siapa harus aku soal mengapa aku yang dipilih oleh tuhan
dipilih menjadi bayaran sakit itu?
aku tak punya jawapan
demi kasih yang tercebis
demi lara yang kian menggunung
demi cinta yang masih berbaki
aku terpaksa bangkit
walau sedari jujurnya
aku lumpuh walau realiti aku masih berdiri
hidup aku tak sama sepertimu kawan.
aku insan yang kekurangan yang kau sangka sempurna
aku insan terluka yang kau sangka senyumku bermakna
aku insan yang terhiris dengan kata kau sangka cool dengan guraunya
aku insan yang sensitif kerana silamku
yang kau sangka aku bahagia
aku insan yang lemah dan goyah
dengan sengaja kau tolak dan kau sangka aku
tak punya HATI
aku insan yang hatinya kecil
tapi kau sangka aku manusia TANPA jiwa
aku tetap sama sepertimu
terasa,cepat menangis,dan aku juga punya rahsia peribadi
tapi kau tak hormati
kerana kau sangka cuma kau sempurna dan AKU
aku..aku..aku manusia yang TAK COOL paling pernah kau kenali.
Terima kasih.
Kamu terpilih kerana kamu yang terkuat antara semua.. Kenapa perlu menyalahkan takdir? Sedangkan dugaan itu mendidik kamu menjadi lebih tabah.. Senyumlah untuk ketidaksempurnaan itu. Bukti jelas kamu juga seperti kami yang lain, seorang manusia.. Mungkin dia yang sempurna tadi makhluk asing? ;p
ReplyDeletemaksud makhluk asing disitu?Dia merasakan dia terlalu sempurna kerana dia tak pernah rasa disakiti dan baginya hidup punya masalah ialah kecacatan sendiri.sebab itulah dia sempurna kerana tak pernah punya masalah.entahlah.sukar dimengerti.
ReplyDelete