Percayakah kau pada hati
Sedarikah kau betapa aku mencintai
Perjalanan yang perit
Ku lalui dengan seribu dugaan
Tapi tak pernah kau peduli
walau cuma satu kali
kau tak pernah bertanya
hingga tak mampu ku tanggung lukanya
ku berjalan menyusuri pantai
ku cuba tangkis bayanganmu
sesekali aku tak mampu
terduduk aku menahan sendu
mengapa luka ini menusuk hatiku
bagaikan duri tajam menembus hingga ke tulang rusukku
peritnya mencintai
namun ku akui
ini semua dugaan ya illahi
meniti hari ini aku kalah
tak bermakna selamanya ku mengalah
kerana hari esok
ku berjanji kan cuba terus bangkit
bukan merangkak lagi
malah mungkin berlari
dari bayanganmu yang membunuh hati.
No comments:
Post a Comment