luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Tuesday, February 1, 2011

the butterfly


kupu-kupu cantik bila dipandang.Namun apabila disentuh serinya seakan hilang.Cantik bila lihat si kupu-kupu berterbangan di sekeliling kita.Seakan bercahaya warna dan kelopaknya.
Perit pabila kehilangan sesuatu yang dihargai namun semuanya takdir.Dari sebuah perjalanan yang panjang menjadi singkat.Dari matahari terbit hingga bulan pula menyelimuti hari-hari kita dan tanpa kita sedar ia hilang disebalik kelam.Dalam hidup kita yang singkat ini kita belajar mengenal arti cinta.Walau cinta itu kadangkala tak kelihatan dan kadangkala kita tak pernah faham maksud yang tersirat tapi tanpa kita tahu cinta itu ada untuk kita.Sentiasa ada dalam hati menemani kita.

"aku belajar tentang hidup.Tentang cinta.Tentang berani menghadapi dan melepaskan.Semuanya tentang sebuah perjalanan yang menjadikan matahari,bulan,bintang,awan,langit dan hujan yang tidak akan pernah sama lagi.Dan menjadikan hidup masing-masing pelakunya juga tidak akan sama lagi................."
"mereka berbeda tapi perbedaan itulah membuat mereka saling melengkapi dan juga diriku..........." 
          dari filem The butterfly.

Manusia tak ada yang sama dan kita punya watak serta cara yang berbeza.Perbedaan itu membuat kita saling bersama.Saling memahami.Dan tak lupa kerana itu hadirnya perasaan cinta.Isu tak serupa bukan masalah.Isu sebenarnya penerimaan hakikat kita.Hati kita yang rasa,hati kita yang berdegup tiap kali merasainya.Perasaan cinta itu ikhlas.Tak salah mencintai kerana ia hadir bukan dipaksa,bukan juga untuk dipersoalkan dan juga bukan untuk disakiti.

Susah untuk menerima seseorang yang mencintai kita sedangkan kita tidak.Tapi tidak kah kita tahu perasaan cinta itu adalah anugerah?Perasaan tu bukan disengaja tapi ia hadir dengan rasa istimewa.Walau kita tak mencintai si dia tak bermakna kita perlu mempersoalkan dan membenci dia.Atleast kita hormatilah dia kerana cinta merupakan anugerah dan sesiapa sahaja berhak merasainya malah budak kecil pun mampu mengaku mereka jatuh cinta.
p/s:Jangan cepat melatah bila ada orang cakap dia cintakan kita.Kita perlu hormat dan percaya yang cinta itu ikhlas walaupun kita tak mencintai dia.Dan kita perlu tahu bahawa cinta itu patut dihargai.

1 comment: