luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Wednesday, March 9, 2011

i'm done!


bukan niat nak menghindari sesiapa
apa lagi nak berahsia
tapi keadaan memerlukan aku membuat pengorbanan
mungkin kejam bagi semua
tapi ia perlu bagi aku
maaf cuma itu yang mampu aku luah
tak mampu aku berkata lebih
mungkin juga terima kasih
tapi apa mereka fahami maksud tersiratku?
bukan tak mahu membuka pekong di dada
tapi tak akan mampu menahan getaran derita
sumpah aku sayang semua
manusia memang tamak
apabila kematian datang menjemput
masih juga mahu selfish
mahu meminta peluang
kembalikanlah kehidupanku,kasihku,sayangku
tapi derita itu tetap takkan kaku
kerana ia masih disitu
sakit itu datang tanpa kita tahu bagaimana dan mengapa
tapi ia datang bukan sebab sesiapa
semua kerana kita sendiri
tak perlu ada perkataan kesal atau arrrgghh
kerana ia terjadi atas kebodohan lalu
sepatutnya tak perlu aku menangisi kepergian yang dulu aku amat ingini
banggalah wahai diri kerana hajatmu tercapai
walau mengambil masa bertahun
tuhan tunaikan juga 
tapi mengapa ada air mata yang menitis dan
mengapa ada pertanyaan 'kenapa aku?'
tak perlu wahai diri kerana memang itu permintaan kita 2 tahun lalu
dan sememangnya tuhan itu maha pemurah
menunaikannya juga walaupun saat ini kita benar derita
redhalah hati kerana setiap yang pergi
akan berganti lagi
nyawa ini mungkin diganti dengan berjuta nyawa manusia yang
berjuta kali lebih perlu dari aku!

Thursday, March 3, 2011

let me go


kalau hari ini
takdir saya untuk terakhir kali
biarkanlahlah
lepaskanlah saya pergi
mengadap illahi
lepaskanlah saya pergi
selamanya bukan tempat saya disini
lepaskanlah saya dari hati awak
mungkin bukan saya di tempat awak
mungkin bukan saya milik awak
dan bukan saya yang berhak selamanya di sisi awak
awak maafkan saya
bukan sengaja saya sembunyikan segalanya
dan bukan sengaja saya taknak beritahu
tapi saya terpaksa
saya tak mahu awak berduka
semata-mata kerana saya
saya tak nak kerana saya
awak takkan dapat apa-apa
saya tak membahagiakan
saya menyakitkan awak juga saya terlalu membebankan awak
saya cuma manusiayang lemah dan saya kalah wak
kalah berperang dengan kuasa tuhan
saya tak gagah wak melawan takdir dia
saya tak boleh nak mempersoalkan tentang tugas malaikat
diperintahkan untuk menyabut nyawa hanbanya
maka itulah tugas malaikat itu
mungkin saya yang akan menjadi tugasnya dalam beberapa hari
mungkin juga tidak
saya tak tahu wak
sungguh saya takut
tak tipu saya nyatakan bahawa benar saya ketakutan
namun apa daya saya melawan segalanya wak?
benar memang semua ditangan tuhan namun jika ada sebab yang kuat
membuat saya harus redha dengan takdir saya harus wak
maafkan saya jika saya tiada
saya tiada menemani awak
saya tiada untuk menyayangi dan mencintai awak
saya tiada untuk bermanja dengan awak
maafkan saya.
saya memang lemah maka relakan saya pergi wak
dunia ini bukan milik saya
ia milik tuhan begitu juga saya
saya terikat dengan janji-janji seorang hamba
maka dengan akur saya redha mengadapnya.
maafkan saya.

LOVE


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


saya sangat suka lagu ni
mengenai cinta
keagungan sebuah cinta kita bila mencintai
keagungan bila kita benar merasakan hati
keagungan bila kita meyakini
dialah pilihan hati
dialah cinta yang suci
dia segalanya
walau bukan sempurna
walau tidaklah terlalu begitu menyerlah
namun dia menarik perhatian si hati kita
dia mungkin bukan popular
dia mungkin cuma manusia biasa-biasa je
mungkin tak terlalu pandai
tak terlalu cantik atau kacak
mungkin tak pandai bermadah dan tak sehebat shakespeare
mungkin suaranya tak semerdu anuar zain
tapi dialah pilihan hati
yang sempurna di mata hati
yang selalu menganggu mimpi-mimpi
yang selalu buat kita tersenyum tanpa sebab
yang selalu buat kita menangis tanpa kesalahan
yang selalu buat kita gila bayang macam orang gila
tapi itulah dia si cinta hati
tak terlalu perfect
tak terlalu kurang
tapi sederhana dan hati kita
hati kita selalu ingin dia
memeluknya,bemesra mendengar suaranya
dan kita hampir separuh gila cintai dia
itulah dia CINTA kita.

p/s: SAYA BENCI CINTA AWAK SANGAT TAU!!

thanks

sunbae tinggi ㋡ Kenapa ye cik chup awak selalu termenung?
Cik chupachup ♥ sebab saya sangat suka termenunglah.haha.nape?sibuk je.
sunbae tinggi ㋡ Tak delah saya perasan cik chup ni suka termenung je.That's why saya tanya.Salah ke?
Cik chupachup ♥ Ada saya cakap salah?Tak pun.Entah.Maybe sebab saya suka berfikir then saya suka kot merawang je kan.haha.
sunbae tinggi ㋡  Pelik betul cik chup ni.Haha.Tapi selalu saya tengok awak menyanyi macam meredakan hati sendiri?kenapa?Ada masalah cakaplah.
Cik chupachup ♥ Saya ok jelah.Maybe saya pening dengan junior2 jelah.haha.Ada je kan nak sakat saya.hehe.
sunbae tinggi ㋡ Tapi macam bukan tu alasannya.Whta's wrong?U not fine la cik chup.Terus teranglah.Don't hide!
Cik chupachup ♥  i'm ok.Kenapa masih nak tanya?Saya dah cakap nothinglah.
sunbae tinggi ㋡ U lie cik chup!Good job but not well!U know what sometimes u are too hipokrit.Kenapa tak nak berterus terang?
Cik chupachup ♥ saya ok.saya tak nak sesiapa faham apa pun dan tak perlu.saya tak suka.please.saya tak hipokrit.tak gune kalau kita cakap dan cerita tapi orang takkan faham dan ending orang akan starting cerita tanpa tahu kebenaran pun.
sunbae tinggi ㋡ but not me.awak tau kan awak senyum tu FAKE!PLEASELAH.
Cik chupachup ♥ haha.Don't talk if u know nothing.fake senyuman saya?Mana awak tau?senangnya nak menilai orang kan?Macam malaikat.Baik awak jauh before org cakap yang saya ni jahat duduk dengan bf orang!
sunbae tinggi ㋡ saya nak share dengan awak.kenapa awak tak bagi saya kesempatan tu?saya faham perasaan awak.saya tahu.
Cik chupachup ♥ apa yang awak tahu??awak tak tahu apa-apa.please.i know i'm not good and i'm hipokrit.kan?so??
sunbae tinggi ㋡ bukan tu maksud saya.just saya dengar orang bercakap yang awak....
Cik chupachup ♥ i'm what?dahlah.saya gadis biasa.sama macam mereka.sama macam awak.saya manusia.kalau awak toreh tangan saya pun,sama warna darah kita merah.darah saya bukan putih or warna warni pun.saya cuma saya.awak tak perlu judging apa-apa sebab awak tak tahu pun apa-apa dan jangan buat macam awak kenal saya walhal awak tidak.thanks.

aku kaku dan sungguh aku tersentap
apa mataku ni menyatakan keadaan aku tak ok?
apa aku benar cuba merahsiakan apa-apa?
apa benar aku dusta pada diriku?
sungguh aku tak tahu apa yang harus aku luahkan
pada siapa?kaukah?diakah?merekakah?
masalahku bukan masalah kau bukan masalah mereka
namun mengapa terlalu mendesak jiwaku?
mengapa?
saat aku perlu aku perlu tuk bicara
aku perlu untuk dinasihati
mana kau?mana mereka?
manaaa???TIADA!
namun bila aku cuba menggapai bahagia
dengan caraku sendiri mengapa kau mula bertanya??
apa salahku wahai kalian
hingga aku dijadikan bahan ucapan
hingga aku dijadikan cerita permulaan
mengapa aku?
hidupku memang tak secerah matahari
memang tak seterang bulan
memaang tak seindah pelangi
tapi aku gadis biasa
gadis punya hati
punya darah yang sama seperti kalian
namun mengapa selalu diri ini diadili?
ku cuba jadi biasa kerana memang aku bukan luar BIASA
tapi kau tak pernah fahami siapa aku
bagaimana caraku kerana bagi kalian
aku manusia tapi hipokrit
benarkah?
terima kasih.

aku adalah aku

tahukah dia
ku sayang dia
tahukah dia
aku benar mencintainya
walau dalam lena
ku tetap merinduinya
tahukah dia
hati ini cintainya
lebih malah lebih dari segalanya
ku sanggup korban jiwaku cuma untuk dia
ku sanggup lupakan impianku
cuma demi lengkapi dirinya
ku sanggup berdiam diri
cuma tuk dia benar puas hati
tahukah dia
hatiku terlalu cintai dia
tahukah dia
cuma dia yang aku selalu impi selalu
walau dalam duka sukaku
ku tetap ketawa deminya
tahukah dia
semua ku lakukan demi cintaku untuk dia
tapi mengapa masih ada tanda tanya ???
mengapa masih ada amarahnya
sempurnaku bukan robot
bukan malaikat
dan aku bukan manusia yang terlalu perfect
aku manusia yang selalu buat dosa
selalu melakukan salah
selalu leka
itulah aku tapi mengapa dia tak memahaminya
apakah benar aku menyusahkannya
hingga dia terlalu kesali kerana aku adalah aku
bukan manusia perfect seperti impiannya
kesalikah dia?
mungkin.

Friday, February 18, 2011

banyak mulut

saya sangat penat sejak beberapa hari ini
penat sebab ada exam
penat membaca,mengingat juga penat untuk memahami.
saya sangat penat dan memang penatlah.
penat untuk bergerak
untuk membaca dan menulis.
saya sangat penat dengan semua yang ada
namun satu je yg tak pernah memenatkan saya
iaitu saya sangat TAK penat bercakap
mengapa ye??
Mak saya kata saya ni banyak mulut.
Tapi saya kira saya punya mulut satu je.
Macam mana mak saya kata saya banyak mulut ye?
Hairan binti pelik pula saya.
Puas saya fikir dan fikir.
Entah-entah tiap kali mak saya tengok saya
dia nampak mulut saya je banyak tak
padahal mulut saya satu je.
Ish-ish kesiannya mak saya kan?
Tak pe mak 
untuk mak saya belajar pandai-pandai
kerja gaji besar nanti saya ubatkan mak ye
kesian mak saya.
Hehehe.Takpe saya sayang mak saya walaupun
mak saya nampak mulut saya banyak padahal mulut saya satu je
saya tetap sayang mak saya.
Saya CINTA mak saya.
I LOVE YOU lah mak!!

p/s:Xoxo untuk mak saya banyak-banyak.Kalian jangan jelous tau saya xoxo mak saya.Korang bace jelah ye.Hehehee.

Thursday, February 17, 2011

lampu isyarat hidup

Dulu saya sangka hidup kita ni tak ada STOP!
Tapi rupanya hidup kita ni pun punya lampu isyarat MERAH yang menyuruh kita berhenti.
Selama kita hidup di dunia ini Lampu merah itu masih tidak menyala
Isyarat yang kita ada semua isyarat LAMPU HIJAU.
kita berjalan,bercakap,berlari,bercinta semua NON STOP.
Namun ada satu ketika lampu isyarat kita menyala warna KUNING.
Tandanya kita letih dn harus perlahan melakukan semua aktiviti.
Time tu pergerakan kita semua kita kendurkan
di masa lampu isyarat KUNING ini seolah-olah kita mungkin sakit,cedera atau mungkin penat.
Lalu selepas seketika kita sihat dan cergas lampu isyarat itu HIJAU kembali.
Selama kita menjalani kehidupan dengan terus bergerak dengan
isyarat HIJAU yang diberikan
kita langsung tak peduli bilakah,kapankah,adakah
lampu isyarat MERAH kita akan menyala
kita langsung tak tahu tarikhnya lampu isyarat HIJAU atau KUNING kita akan bertukar ke MERAH.
bagi manusia yang hidupnya memang cuma tinggal lampu berwarna KUNING
pasti bimbang bila-bila saja LAMPU MERAH itu akan menyala
namun bagi manusia yang lampunya sering
KEHIJAUAN dan tiada NON STOP tiada lampu PERINGATAN KUNING
untuk berjaga-jaga memang tak gentar dan tak pernah risau
tapi jangan disangka cuma lampu KUNING saja
mungkin menjadi lampu isyarat MERAH
kerana lampu HIJAU kita juga mungkin tanpa sedar
tak mengira waktu,detik dan saat
bisa sekelip mata menjadi MERAH.
maka waktu itu nafas kita,pergerakan kita automatik akan terberhenti
ibarat kenderaan yang akur dengan lampu isyarat mereka untuk berhenti.
saat itu kita takkan bernafas lagi.Kita takkan bisa bicara lagi.
kita takkan bisa ketawa,menangis dan kita akan terus asing di alam lain.
Lampu isyarat MERAH kita tak akan HIJAU atau KUNING lagi.
Semuanya TAMAT disitu.
Kita akan sepi dan saat itu kita cuma sendiri menghitunng waktu sendiri bersama lampu
isyarat MERAH yang terang menyala.
Isyarat lampu itu akan terus MERAH dan takkan padam.
kerana sekali ia menyala MERAH,hidup kita THE END.
Tanpa kita bisa cakap STOP,PLEASE,NO!
ia akan terus menyala MERAH dan melenyapkan hidup kita tanpa menunggu
sesiapa pun walau cuma untuk sesaat.
Itulah ertinya LAMPU ISYARAT MERAH dalam hidup kita.

p/s:Ehem!Ni jangan pulak lampu isyarat merah kat jalanraya tu anda berhenti dan tak drive-drive dah pula ye.Memang anda kena baling kasutlah alamatnya.Hahaha.Ini cuma ibarat life kita dengan lampu isyarat hidup kita.Nyawa kita.Araso??hehe

aku juga sama.

Aku butuh waktu
aku perlu ketenangan
aku ingin berlari dalam hujan
menenangkan hatiku
aku keliru dengan dosa semalam
dengan kudratku yang tak mampu melawan
dengan kisah silam membunuh hatiku
aku buntu wahai kawanku
bukan aku tak mahu bergongsi cerita
tapi entah dari mana aku mahu mula
adakah disini atau di soalan itu
atau mugkin cerita hari ini semalam atau kenangan itu
aku keliru bila aku menjadi tak tentu
bukan sengaja ku telan biji-biji kecil itu
tapi itulah penawar lara yang kekal denganku
selagi aku hidup
harga itu yang aku harus bayar
harga itu harus ku tanggung
aku tak sempurna lagi
sarafku,kudratku,warasku,stabiliti aku
semuanya aku tak sesempurna dulu
pada siapakah harus aku salahkan kecacatan aku ini?
pada siapa aku mahu merintih bertapa aku terseksa?
pada siapakah kawan??
saat air mata berlagu dan merintih
selebat hujan dan guruh di langit
kau kaku disitu
kau cuma nyatakan padaku
aku manusia lemah
tak berani menghadapi realiti aku cacat
tapi berpura sempurna
benarkah begitu??
Pada siapa harus aku soal mengapa aku yang dipilih oleh tuhan
dipilih menjadi bayaran sakit itu?
aku tak punya jawapan
demi kasih yang tercebis
demi lara yang kian menggunung
demi cinta yang masih berbaki
aku terpaksa bangkit
walau sedari jujurnya
aku lumpuh walau realiti aku masih berdiri
hidup aku tak sama sepertimu kawan.
aku insan yang kekurangan yang kau sangka sempurna
aku insan terluka yang kau sangka senyumku bermakna
aku insan yang terhiris dengan kata kau sangka cool dengan guraunya
aku insan yang sensitif kerana silamku
yang kau sangka aku bahagia
aku insan yang lemah dan goyah
dengan sengaja kau tolak dan kau sangka aku
tak punya HATI
aku insan yang hatinya kecil
tapi kau sangka aku manusia TANPA jiwa
aku tetap sama sepertimu
terasa,cepat menangis,dan aku juga punya rahsia peribadi
tapi kau tak hormati
kerana kau sangka cuma kau sempurna dan AKU
aku..aku..aku manusia yang TAK COOL paling pernah kau kenali.
Terima kasih.

Tuesday, February 15, 2011

dia

berdosakah aku mengingatinya?Dia dan dia.Tipu aku tak rindukan dia.Tipu aku tak pernah mimpi dia.Tipu bila aku lihat seseorang sepertinya aku tak ingat dia.Tipu dan dustanya aku.
Dia masih ingat warna kegemaranku
kuih kesukaanku
chupachup kegilaanku
semuanya dia tak pernah padam dan penat untuk mengingati.
Begitu juga aku.
Semua tentang dirinya seakan abadi denganku.
Tapi semua itu dulu.
Semuanya berlalu.
Namun mengapa dia seperti tahu
bila saat aku berduka
dia sering ada.
Dia usap air mataku
Dia pujuk aku
Dia sentuh bahuku
agar aku lebih tabah dari sebelumnya
Dia terlalu istimewa dulu
Susah untuk lupakannya
Sebelum ke sekolah
Suaranya yang menjadi teman penyapa
ciumannya yang hinggap di pipi
Bila aku menangis kerana takut
dia yang menemani bersama linangan air mata
dia yang genggami jariku
hangat bukan kerana cinta
tapi kerana tulusnya dia menyayangi dan menjaga
Bila darah yang mengalir dari bibirku
dia tak goyah untk menyapunya
walau cuma tanpa alas
dia tetap tak jemu menjaga
aku rindu janjinya
rindu suaranya
rindu ketawanya
rindu dia usapi rambutku
aku rindu tuk menjadi sayangnya
namun itu semua dulu
adakah dusta atau jujur
aku keliru mencintainya
hingga terbenci rasa itu
cuma kadangkala merindui
si dia yang sering menjadi igauan malam dan siangku
si dia yang ku kagumi kerana untuk aku dia sanggup dicerca maki
untuk aku dia sanggup nyawanya tergadai
meruahnya tercalar namun semua dulu
sebelum ungkapan perpisahan yang sebabnya cuma kita yang tahu.

p/s:Kau yang bernama dia dari cerita si muchit dan chuutt

Monday, February 14, 2011

puisi

Bila ku berjalan seorang
di pantai yang shahdu
ku terasa seakan kerdilnya aku
di alam yang luas
di pasir yang menggebu dan bersisiran
aku hambamu yang hina
tuhanku
sungguh tak layak ku sebagai hamba didunia
kerana dugaanmu
fitrahku tak mampu menghadapinya
aku terlalu goyah
lemah dan tak bermaya
cuma linangan air mata
ku bisa mengungkapinya
bahawa aku tak mampu
teruskan segalanya
aku chupachup yang tak betah berdiri
berkata tak berteman
sendiri sepi
merenung malam nan gelita
segelap ceritaku
tanpa siapa.

mimpi

semalam saya mimpi dia datang.Rapat sangat.Dia bisikkan sesuatu.Saya tak dapat dengar.Saya nak cakap kat dia saya pelik kenapa saya rasa dia dekat sangat dengan dia.Bukankah dia dah takde?Saya rasa mimpi saya seolah-olah macam kenyataan.Dia usap kepala saya.Dia senyum manis sangat sampai saya rasa nak sentuh wajah dia.Tapi tak boleh.dia semakin JAUH.
kenapa wak datang cari saya.Awak nampak lain sangat.Dah hampir 5 tahun saya tak jumpa awak.Awak mesti happy sangat dekat atas sana kan?Awak,saya nak tanya.Bila agaknya awak nak bawak saya ke tempat awak tu?Layak tak saya wak?hm,saya rasa mesti awak BENCI tengok saya sekarang kan?Saya makin jahat.Saya makin teruk.Saya zalim.Saya hipokrit.Saya memilih dan saya kadangkala bukan manusia yang baik wak.Saya minta maaf sebab dah lama sangat tak jenguk awak.Wak,marahlah kat saya.Bencilah saya.Saya janji je kan dengan awak saya akan jaga semua kawan kita.Tapi semua benci saya wak.Saya tahu saya salah.Saya tak mampu nak betulkan keadaan walau sekali pun.Kenapa wak saya lemah sangat??
Saya tertanya macam mana awak mampu tabah hadapi kenyataan dulu?Masa awak sakit?Masa awak terlalu sakit dan perit???Wak,saya tahu saya berdosa setiap kali saya doa saya mintak jadi macam awak.Saya tak patut kan.I'm not deserve to be like u.But i want it.I want die like u.Biar tak ada sesiapa mampu menyoal kenapa saya pergi sebab saya tak diperlukan pun wak.
Awak,sebelum saya pergi camp dia text saya lagi.Dia cakap saya perempuan paling menyusahkan dia.Siapa wak saya dalam hidup dia?Bukan ke saya darah daging dia?Wak,jadikanlah saya sekuat awak.Sya tak mampu wak.Saya takut saya banyak mengumpul dosa dari pahala.Apa je yang saya buat semua salah.
Saya rindu nak peluk awak.Awak best buddies saya.Awal awak pergi.Masa awak pergi dulu,saya sedih sangat.Saya rasa macam tipu je awak dah tak de.Hakikatnya memang realiti.Awak saya nak cakap dengan awak.Tapi semalam masa saya mimpi awak.Awak cuma senyum.Kenapa?Adakah masa saya akan tiba??
Awak nak tahu,saya dapat jadi s/u event.Hm,tapi masalah medical check up.Macam mana saya nak jujur?Saya tak nak sesiapa simpati.Saya nak jadi macam orang lain jugak wak.Malam pertama saya tidur dalam khemah baru 2 hari lepas,saya hampir kantoi telan pil killer.Saya tak tahu nak jawab macam mana dekat senior tu nasib baik kebetulan saya terluka.Saya cakap nak tahan sakit je.Saya kan lembik.Wak,sampai bile saya kena bertahan?Wak tolonglah saya.Saya merayu ingin pergi.Terlalu parah luka ni wak.Walau diubat saya tak tahu mampukah saya bertahan.

Thursday, February 10, 2011

awak

Awak,awak.awak.awak.

awak baca ni!Cepat!hehe.saja suka usik.Hm,awak nak tau tak satu rahsia?Meh dekat-dekat dengan skrin pc tu dan baca.Tapi baca dalam hati je tau nanti orang lain dengar.Malu tau!

Ish awak ni saya suruh awak bacalah bukan senyum.Dah jangan senyum lame-lame nanti ada yang terpikat dengan awak nanti.Macam mana??Ha!Menangis lagu hindustanlah saya.Haha.

Awak saya taip ni.Awak baca elok-elok ye.
"Saya kan awak,sa....aaaaya saaaaa aaaaa yyyyaaang aaa wwwwwaakkkk sangaaaaaa ttttt!Haha."
Awak faham tak?Hehe.Kalau awak tak faham cuba awak baca terbalik pulak.Haha.Tak delah gurau je.hehe.Masa awak buka blog saya ni mesti saya dah tak de dah.Saya jauuuuh dari awak.Maaf sebab saya tak de dekat depan awak.Tak de dekat sisi awak.Tapi awak tahu kan saya sayang awak sangat?Awak tahu kan saya awak punya je kan??

Awak saya tak tahu nape saya rasa sedih nak pergi jauh ni.Hm,saya harap awak sihat.Jangan lupa makan tau!Awak,kalau saya tak de nanti awak nak buat apa?Ha!Mesti awak jerit-jerit sorang-sorang cakap awak rindu kat saya kan??Haha.KANTOI!hehe.Tak pun awak cakap cepatlah balik!ehem!
Saya tau awak sayang saya sangat.Saya pun sayang awak sangat!Awak.Kalau saya tanya boleh tak?Awak jangan marah ye?
 "Kalau saya tak balik-balik macam mana?Kalau tiba-tiba saya tak call awak macam mana?Kalau tiba-tiba saya tak tunaikan janji nak cari awak lepas saya balik macam mana?Awak sedih tak?Apa perasaan awak kalau tiba-tiba saya hilang terus dalam hidup awak?Awak menangis tak??Kalau saya tak pergi tapi saya tak boleh bangun,saya tidur je dan saya cuma boleh jumpa awak dalam mimpi je.Awak marah tak??Kalau awak tak boleh dengar suara saya dan awak tak mampu nak dengar saya panggil awak dak poyo awak menyesal tak sayang saya?Kalau tiba-tiba saya tak boleh bangun,tak boleh cakap,tak boleh bergerak cuma nafas dan nadi yang berdenyut,awak asih ank tunggu saya ke wak?"
Saya tau mesti awak tak tahu nak jawab ape kan.Hm,saya cuma nak cakap.Hari ni mungkin saya boleh buat awak bertambah rindu dekat saya.Esok pun sama,lusa dan tulat.Minggu depan,bulan depan tapi kalau tiba-tiba saya kaku je hidup tapi tak sedar awak masih ke nak menyimpan rindu tu untuk saya?
Awak,saya sayangkan awak sangat.Dengan seikhlas hati saya nak cakap andai terjadi apa-apa tak diingini dan andai saya ni menyusahkan awak menanggung rindu dan sayang,saya tak paksa awak tunggu saya.
Awak saya kan sayang awak gila-gila.Saya nak sangat tengok awak selalu senyum.Saya minta maaf terllau banyak cerita dan rahsia saya tak cakap dengan awak.Saya cuma tak tahu nak mula dari mana.Saya takut sangat kalau awak tahu awak tinggalkan saya.Saya bukan tak nak cakap dengan awak atau sesiapa kawan saya tapi saya tak nak minta simpati.Saya tak mampu menahan sakit bila ada orang cakap saya ni macam sampah.Kenapa?Saya mungkin pernah buat silap pada orang tapi tak bermakna saya tak de perasaan.Saya tahu saya bukan orang yang baik dalam menjaga perasaan orang lain.Saya selalu kan awak buat orang lain sakit hati pasal saya?Selalu kan orang tak suka dan tak puas hati dengan saya??kenapa ye wak?Awak pun mesti ada kan perasaan tak suka dekat saya?
Saya tahu dulu ada orang sayang saya,saya kecewakan.Saya diam,saya simpan masalah semuanya sorang-sorang.Tapi diaorang tak tahu saya bukan sengaja cuma saya tak sanggup terungkit macam kenangan saya yang lama.Kerana masalah saya dan keluarga,saya dimaki.Dia cakap dia sayang saya tapi bila dia dah tak sayang dia ungkit semua.Dia buat saya macam tak ada hati.Sebab tu saya takut sangat nak cerita apa-apa.Jangan sayang saya sebab simpati.Jangan sayang saya sebab kelebihan saya yang mungkin satu masa allah akan hilang dan tarik segalanya.Sayanglah saya sebab saya.Tapi dia tak sayang saya sebab tu.Hm,saya tahu saya suka diam dan pendam masalah saya.Bila saya terlalu sakit saya buat benda bodoh dan saya tahu segalanya buat saya serik sekarang.Apa saya buat dulu balasannya terlalu berat dan sekarang saya tanggung segala keskitannya.
Tapi kenapa wak bila ramai yang ungkap sayang,diaorang tak paham pun kenapa dan sebab apa diaorang sayang saya tu?Dan bila sesuatu kesalahan saya buat bersebab seakan saya yang dipersalahkan selamanya.Tapi saya tak kisahlah.Yang penting diaorang bahagia.Saya takut wak kalau saya pun akan hilang awak macam tu.Saya ni tak sempurna.Terlalu banayk duri dan kaca mengelingi saya.Saya takut bila awak dekat dengan saya,awak juga akan terluka.Saya tak minta apa-apa dari awak tapi please awak tunggu saya ye kalau apa-apa terjadi dekat saya.Saya sayang awak sangat!!!!Awak jangan tinggal saya tau.Sya tau dulu saya salah dekat dua orang ex saya sebab tinggalkan dia orang.Tapi percayalah saya punya sebab.Saya tak nak mereka terluka dengan saya.Sakitnya membuat keputusan cuma ALLAh je yang tahu.Saya minta maaf sangat.Awak.Untuk awak saya takkan tinggal awak sebab saya tak mampu kehilangan sesiapa dah.Saya tak ada sesiapa dah.Cuma awak je yang sayang saya.Saya tak mampu hidup tanpa awak.Sebab dah tak ada orang nak peduli pun pasal saya.Kalau saya sedih,saya nak cerita macam-macam dah tak de siapa nak mendengarnya walau cuma perkataan 'tolong' sebab saya tak berhak ditolong mereka kan?Cuma mereka je yang nak ditolong dan didengari.Saya faham wak siapalah saya bagi mereka.Awak saya sayang awak.Awak saya tak nak hilang siapa-siapa dah.Tapi nak ke diaorang terus ada dalam hidup saya kembali,teman-teman saya?Entahla.Saya nak sangat kawan amcam dulu.Tapi..andai saya tak balik wak.Awak kirimkan salam saya pada semua teman kita ok.Salam.

permulaan.

Esok pengembaraan bermula lagi.Cerita kehidupan gadis yang bernama cik chupachup.Walau tak seindah dan tak semanis nama perisa gula-gula kegemaran namun hidup mesti berani.Risikonya esok.Penentunya esok.Soalan pertama di fikiran mampukah cik chupachup nak ke hutan lagi?Entah.Permintaan terlalu payah untuk ditolak memandangkan macam beria sangat senior-seniorku ajak.Yelah dia orang dah nak graduate.Hehe.Bestnya kan.Giliran cik chupachup pun tak lama lagi.Sabar je lah menanti penantian.Haha.
Cerita hari ini apa ye?Em,wahai si blog chupachup.Rasa rindu sangat pada kamu.Kenapa ye?Macamlah lepas ni dah tak boleh update kan?Tapi kalau tak boleh macam mana?Sudahlah banyak merepek je.Hehe.Pesanan buat semua jaga diri ok.cik chupachup no hal je.Haha.Banyak betul ketawa hari ni jangan nak menangis nanti sudahlah.Mati la cik chupachup kena kutuk dengan sunbae hensem-hensem tu.Haha.Dah lah hari tu pergi camping cik chupachup jatuh dan ternangis dia orang cakap muka cik chupachup innocent gila.Haha.Ada siap cakap boleh tak nak pinjam buat teddy bear??haha.Sengal je.Tapi terima kasih lah sedang cik chupachup menangis sempat juga ketawa walau time tu sakit jatuh kat batu tuhan je tau.Nasib baik kena jahit 3 jahitan je.Mak aish!haha.Itulah akibatnya terlalu nak jaga org lain diri sendiri tak terjaga.Haha.

Wednesday, February 9, 2011

mengapa.

Ada ketika ku soal diriku "Apa yang ku mahu?" lalu si sekeping hati mengetuk kamar hati."Senyuman seikhlasnya." Ku soal diriku lagi."Apa yg selalu ku senyum itu fake?Palsu?Pura-pura?" si hati menyahut lagi dengan sentapan
"Ia.Palsu.Kenapa bila kau sedih kau tak pernah suarakan?Bila kau menangis kau tak mengaku kau menitiskan?Bila kau sakit kau derita dan kau sepi namun bila kau punya teman kau diam bila mereka bertanya?Mengapa?Bila temanmu kesakitan,kepayahan dan kesusahan kau gelisah.Kau sedih dan berduka namun mengapa tiada lara untuk deritamu sendiri?Tak sayangkah kau pada dirimu??"
apa benar kata hati aku kejam pada diri sendiri?Bukan aku tak benarkan diriku bahagia namun seakan melayang jiwa kerana ku rasa aku tak berhak memilikinya.Berdosakah perasaan ini??
Aku tak berdendam tak sedikit pun perasaan itu terbentuk namun mengapa kau bilang aku kejam?Jahatkah aku?Andai aku harus dibenci kerana sesuatu.Bencilah wahai hati.Andai mereka sahabatku juga mahu begitu.Teruskanlah.Aku memang ada bila mereka perlu namun bukan bermakna aku tak perlukan mereka cuma entah terlalu perit memori lalu mengajar aku ketakutan sendiri.Masa lalu masa itu memberi kesan ngeri buat ku.Ada diantara mereka bertanya padaku mengapa sendiri?Mengapa pentingkan diri?Mengapa menyepi?Mereka boleh cakap apa je.Bila aku ingin berterus terang tiada pun mereka.Bila aku mahu bercerita tiada satu pun yang bersama jadi mengapa mereka bertanya?Untuk apa?
Teman baik.Aku sayang semuanya diantara mereka.Tak tersilih gantinya sayang itu dan takkan terbuang walau beribu tahun.Namun hidup kita tak sama.Mereka tak akan pernah mengerti apa jiwa ini rasa,apa yang hati ini tangiskan apa yang air mata ini titiskan.Tapi sedih dan hampa bagaikan menusuk jiwa ada juga yang cakap aku tak pernah bersyukur kerana memiliki mereka sebagai teman.Nak saja ku bertanya apa kau pernah rasa seperti aku?Apa kau menanggungnya untukku?Sedihku tak ku jaja pada mereka namun kenapa mereka mesti memaki dan menghina.Binggung kalau difikirkan namun entah sesungguhnya ku maafkan dan ku tak pernah marah pada sesiapa pun.
Andai mereka dan sesiapa rasa aku menyusahkan dan akulah teman terjahat mereka.Aku faham.Kerana ku tahu aku memang jahat sangat.Takkan ku dendam dan tak ku kisah.Janjiku sebagai teman tetap ada.
Ada kala ku bertanya benarkah ku tak diperlukan di sisi siapa selain dia?Selain sayangku selain jiwaku selain hatiku?Terkilan terasa bila teman yg lain seronoknya dapat cakap dengan parents dia orang nak exam ni.Tapi aku?Entah.Yang satu hilang entah kemana.Yang satu cuma meletakkan sepenuhnya padaku seakan aku sempurna.Rindu untuk mendengar kata-kata semangat namun hampa.Ingin ditangiskan tapi macam bodoh bila kerana tu pun aku nak terasa.Tapi kenapa ye bila aku yang salah dan akulah yang tak betul,mereka pasti mempersalahkan aku.Jahilkah aku hidup di dunia ini?Kadangkala aku tertanya siapa aku di dalam hidup mereka?Tak sayangkah mereka padaku?Ya allah aku tak punya jawapan yang ada cuma mimpi ngeri.Kenpa hati terlalu hipokrit untuk menahan tangis ini.Tapi aku tak mampu mendengar mereka mengata bila aku bercerita atau mengadu atau berkongsi duka..Ku tahu mereka tak rasa tapi kenapa mahu memperlekehkannya?Aku tahu aku tak sempurna seperti mereka tak punya apa mereka punya tapitak bermakna aku tak punya jiwa dan hati.Itulah hartaku.

"Hati tercarik saat dengar kau ketawa kau soalkan mana asalku kau soalkan kecacatanku kesakitan aku.Mungkin aku tanpa sesiapa dan aku sendiri itu buat aku bahagia.Namun dalam sirna kau tak pernah tahu aku berendam air mata.Kau kecilkan aku ibarat aku kejahilan yang paling pernah kau jumpa.Terima kasih.SAHABAT"

Monday, February 7, 2011

janjiku

kenapa ye bila luahan jiwa dan rasa ni tak terungkap menyulitkan suasana.Belum kuatkah diriku atau sebaliknya memang saya terlalu lemah untuk disini menghadapi segalanya?Kenapa bila rasa bahagia segenap rasa timbul pasti perih menjalar sanubari walau sesaat saya ketawa tapi saya tetap akan menangis juga.Kenapa mesti tangisan itu berlagu sepi bukan bahagia?Bukan tak mampu tuk meluahkan namun diri terlalu terkilan.Kenapa awak,kadang-kadang saya malu nak hadapi diri sendiri.Nak cakap dengan awak apa lagi.Saya cuba jadi penasihat yang baik tapi saya tak mampu jadi baik.Salahkah saya.Kekadang terlalu rindu sangat untuk jadi orang yang tak peduli.Tapi itu bukan saya.Masalah tu berlalu namun bukan untuk sehari,sebulan atau setahun cuma sesaat.Tangisanku cuma kering 1 minit dan pasti ia kembali menitis.
Awak..saya cuba kuat.Saya cakap dekat diri saya,sejauh mana saya langkah,sekuat mana orang buat saya,sesakit mana hati saya,saya kuat dan saya tabah.Tapi saya salah lagi.Kenapa bila saya sorang-sorang saya nak jugak nangis.Saya nak peluk awak,tapi tangan saya tak mampu nak gapai tangan awak.Saya nak cakap dengan awak,please tunggu saya.Tapi mulut saya tak mampu ucap apa-apa.Malam tu,saya rasa sakit sangat.Saya ingat Allah akan tarik saya kembali.Saya menangis bukan kerana menahan sakit tapi saya nangis sebab gembira.Maafkan saya wak.Saya tak sabar nak jumpa DIA.saya nak TEMANI DIA.tapi mampukah saya duduk disisiNYA?hati saya gelisah.Sakit saya tak keruan.Maaf tanpa sedar saya tak mampu jadi tabah sedangkan menahan sakit dan keperitan tu pun saya tak mampu.Hati saya tergores,jiwa saya cedera dan hidup saya entah.Dalam suram saya menangis je,saya sakit sangat.Saya nak cakap dengan awak tapi saya tak nak awak dengar saya menangis.Saya tak mampu nak berpura-pura saya ok jadi saya ambil keputusan untuk menyepi.Awak,kalau awak tahu saya tipu awak saya cakap saya ok tapi saya tak mesti awak benci saya kan???Awak janganlah benci saya.Saya sayang awak sangat tapi saya tak nak awak risau.Sesiapa pun saya tak nak risaukan saya.Bila mama tanya saya senyum je,walau terpaksa senyum dalam perit saya rela.Bila uncle saya tanya kenapa pucat,saya cakap sejuk je.Saya tak nak siapa-siapa risaukan saya.Saya tak nak jadi beban.Cukup 'beban' dulu.Cukup maki-hamun dulu.Saya tak mampu.Awak..tahu tak saya ni jahil sangat.Mesti awak dah tak sayang saya kan?Awak kalau saya mati cepat.Awak jangan menangis.Awak bencilah saya ok.Saya tak nak sangat tengok awak menangis sebab saya.Hati saya hancur wak.Cukup hati saya hancur sebab mereka.Tak ada orang peduli saya pun.Kalau saya mati,saya rasa awak je yang rasa kehilangan tapi mereka entah-entah buat kenduri makan besar-besar.Kenapa ye awak dia orang benci sangat kat saya?Saya nak ada keluarga sempurna.Saya tak marah sebab takdir hidup saya macam ni tapi saya sedih kenapa saya tak mampu ada mereka.Kenapa mereka tak peduli pun dekat saya?Kadang-kadang saya tertanya,siapa saya ni?Saya redha wak.Saya sakit saya janji tak akan susahkan siapa-siapa.Saya akan tanggung semua sendiri.Sebab saya cuma saya dan saya sayang sangat dekat mereka dengan awak.Saya janji saya takkan susah kan awak.Awak jangan benci saya tau.Kalau awak nak benci saya juga maafkan saya wak.Awak janjilah awak takkan tinggal saya.Walau mereka buang saya,awak tak kan??Awak,saya tertanya tanya saya ni jahat ek,nakal ek sampai saya tak pernah diperlukan.Saya sedih sangat tapi tak apa Saya sengsara dan sakit jangan mereka.Saya tak nak sesiapa sakit walau cuma awak.Saya sedih sangat!saya janji saya akan sentiasa ada untuk mereka dan awak selagi saya hidup.Jangan risau.Itu janji saya selamanya.Walau saya berkorban nyawa saya sanggup cuma melihat semua tersenyum namun bukan berduka.Walau saya terseksa tu bukan masalah sebab saya dah biasa.Saya sayang awak.awak dan awak.

p/s:Saya sayang awak.Saya nak awak je.Awak kalau saya hidup untuk cuma 6 bulan je lagi.Awak janji jangan tinggal saya tau.Saya sayang awak.Kalau lepas saya dah tak ada awak nak benci saya,saya redha tapi please benarkan saya selalu sayang awak walau dari jauh.

Thursday, February 3, 2011

tamatla please

berhentilah menangis wahai air mata
aku tak mampu terbang tinggi ibarat rama-rama
aku tak mampu menjadi penyeri sesiapa
berhentilah hati
menoreh luka dalam hati
berhentilah jiwa menyiksa sanubari
mungkin jalan ini bukan jalan hidupku
tak bahagia didunia
mungkin bahagia di syurga
namun mampukah aku?
terlalu rindu tuk tersenyum
tuk bahagia disamping mereka
keluarga tersayang
namun mengapa semua tak sama
seperti lainnnya
rintihan sendu nafasku terhenti
menyisip air mata
namun ia mengalir lagi
sayang air mataku
seakan tiada harga
jeritan tiada mampu siapa dengar
hatiku sayu
lukanay dalam tak bergetar lagi
cuma menggigil ketakutan
membelenggu sendiri menahan batin hati
hati terbanglah bawa diriku
tolonglah aku
matikan aku
kerana cuma itu membahagiakan batin dan jasadku.

sebenarnya.

kenapa ye awak.Saya tak pernah nak bahagia?Kenapa ye awak saya kalau senyum pun cuma sementara?Kenapa ye awak hidup ni susah sangat.Saya cuba jadi kuat tapi saya tak mampu.Depan semua orang saya pura-pura bahagia,happy,ceria tapi dalam hati saya.fikiran saya macam-macam saya fikir.Hm,saya tahu berdosakan kalau kita mempersoalkan takdir.Tapi kenapa hidup ni tak pernah sekali saya bahagia betul-betul.Bila saya buka mata je ada je yang akan timbul dan ada macam-macam masalah je.Saya tak mampu nak menghadapi semuanya.Ada orang cakap saya ni kuat,saya boleh menghadapi semua dugaan saya.Tapi saya tak mampu.Kekadang saya menangis sorang-sorang.Orang tak ada siapa pun tahu.Bila saya cerita,orang cakap 'em' je.Saya tahulah semua bahagia dan kalau ada masalah pun bukan bertimpa-timpa.Saya tahu semua orang selalu pandang rendah kat saya.Saya bukan cantik,saya bukan pandai,saya bukan anak orang kaya.Saya biasa je awak.Saya tak salahkan dugaan dan takdir.Saya tak marah sesiapa cuma kadang-kadang saya sedih sangat.Bila orang perlu saya,semua cari.Tapi bila saya yang sedih semua cakap 'alaa biasalah tu.'Kadang-kadang belum saya cerita semua dah blah dan buat tak tahu.Saya tahu tak semua hidup orang sama namun kadangkala manusia ni terlalu hipokrit.Cakap kawan tapi macam musuh.Cakap sayang tapi tak pernah peduli pun.Saya tak minta simpati tapi sedihnya bila orang susah dan bermasalah,kita orang pertama yang risau namun bila kita??Awak,saya tak kuat.Menghadapi perasaan takut menghadapi dugaan ni.Saya tak kuat sangat.Bila doktor cakap pasal diri saya pun saya dah malas nak ambik tahu.Kadangkala saya nak je mintak paa allah bagilah saya mati cepat-cepat tapi saya tahu tu perkara berdosa sangat.Saya betul-betul tak mampu nak menghadapi semuanya walau cuma untuk seminit lagi.Menahan sakit.,menahan duka,segalanya terlalu perit.Walau saya cuba buat bahagia hakikatnya saya cukup tak mampu awak.Saya bukan tak redha cuma saya sedih sangat.Maafkan saya.Kalau dalam dunia ni sayalah manusia yang paling banyak dugaannya.Saya cuba akan tetap redha.Awak,kalau saya tak ada awak jangan sedih ye.Maafkan saya sebab secara jujurnya saya tak jaga langsung pasal diri saya.Saya tak peduli walau seminit lagi saya mati sebab mungkin akan meringankan beban semuaorang.Saya tahu saya tak patut cakap macam ni tapi saya tak mampu untuk berkata lain dan tak mampu saya begini.Saya minta maaf awak.

p/s:Awak,maafkan saya.Kalau saya pergi maafkan saya.Saya bukan tak sayang awak tapi...maafkan saya.

salah siapa

tika masa ditarik kembali
tika takdir seakan tak menyebelahi
semuanya seakan tidak sama lagi
siapa yang harus dipersalahkan
dalam soal ini?
apakah aku
atau mungkin mereka
entah..
aku tak mengerti
hingga satu saat
perasaanku terlalu kecewa dengan perjalanan ini
bukan aku tidak bersyukur
tapi perasaan itu sukar dipersoalkan
tanpa mereka aku tak disini
tapi dengan mereka
aku seakan tiada siapa
hidup yang berliku
membuat aku sendiri
dan buntu.

berputarlah waktu
berikan ia berlalu
meniti masa disaat aku bahagia
disaat aku bisa ketawa dengan ceria
air mata ini
tak mampu lagi
merintih dalam hati
menangis tanpa lagu
dan jemu menatap segalanya
yang tak pernah berlalu
aku cuma manusia
bukan robot dan bukan juga patung
tapi mengapa harus aku yang menanggung
keperitan tiada kesudahan
kebuntuan menjadi jalan
dan tinggal cuma dugaan tanpa hentian bahagia
dalam hidupku tanpa cahaya.


kisah aku yang tiada hentian cik chupachup

Tuesday, February 1, 2011

perginya aku

Bawalah pergi cintaku
telah ku putuskan
hatiku ingin kamu
tak bisa ku ganti dengan yang lain
cuma kau yang ada dihatiku

tertulis di tangan takdir
hidup ini tak akan lama
pasrah dengannya
aku berdoa
moga cintaku sampai akhir nyawa
cuma buat dirinya

terjatuh di titian
bergelinangan air mata kesakitan
bukan kerana sakit
tapi duka yaang berlabuh di hati
kerana cuma sampai sini saja
ku mampu memiliki cintamu

tak ingin aku berganjak dari hidupku
tapi aku tak mampu
suratan takdirku cuma disini
merelakan kau dengan yang lainnya
dan aku kan kembali menemani
pohon di langit tinggi
mengadap illahi

walau hati tak membenarkan
yang tinggal cuma kenangan dan ingatan
sedari mula ku mencintaimu
selamanya hayatku buatmu
di pangkuanmu ku pergi
dengan sisa cintaku buatmu yang terdalam
cuma kamu yang memiliki
hatiku dari mula hingga akhirnya.


p/s:Andai saya yang pergi sebelum awak.Andai cuma cinta yang menjadi ingatan.Percayalah walau jauh saya dari pandangan awak tapi saya tetap ada dalam jiwa awak.Jika saya diberi meminta permintaan terakhir,cuma satu..jangan pernah lupakan saya walau saat tu awak dah ada orang lain.

kekuatanku

Percayakah kau pada hati
Sedarikah kau betapa aku mencintai
Perjalanan yang perit
Ku lalui dengan seribu dugaan
Tapi tak pernah kau peduli
walau cuma satu kali
kau tak pernah bertanya
hingga tak mampu ku tanggung lukanya
ku berjalan menyusuri pantai
ku cuba tangkis bayanganmu
sesekali aku tak mampu
terduduk aku menahan sendu
mengapa luka ini menusuk hatiku
bagaikan duri tajam menembus hingga ke tulang rusukku
peritnya mencintai
namun ku akui
ini semua dugaan ya illahi
meniti hari ini aku kalah
tak bermakna selamanya ku mengalah
kerana hari esok
ku berjanji kan cuba terus bangkit
bukan merangkak lagi
malah mungkin berlari
dari bayanganmu yang membunuh hati.


the butterfly


kupu-kupu cantik bila dipandang.Namun apabila disentuh serinya seakan hilang.Cantik bila lihat si kupu-kupu berterbangan di sekeliling kita.Seakan bercahaya warna dan kelopaknya.
Perit pabila kehilangan sesuatu yang dihargai namun semuanya takdir.Dari sebuah perjalanan yang panjang menjadi singkat.Dari matahari terbit hingga bulan pula menyelimuti hari-hari kita dan tanpa kita sedar ia hilang disebalik kelam.Dalam hidup kita yang singkat ini kita belajar mengenal arti cinta.Walau cinta itu kadangkala tak kelihatan dan kadangkala kita tak pernah faham maksud yang tersirat tapi tanpa kita tahu cinta itu ada untuk kita.Sentiasa ada dalam hati menemani kita.

"aku belajar tentang hidup.Tentang cinta.Tentang berani menghadapi dan melepaskan.Semuanya tentang sebuah perjalanan yang menjadikan matahari,bulan,bintang,awan,langit dan hujan yang tidak akan pernah sama lagi.Dan menjadikan hidup masing-masing pelakunya juga tidak akan sama lagi................."
"mereka berbeda tapi perbedaan itulah membuat mereka saling melengkapi dan juga diriku..........." 
          dari filem The butterfly.

Manusia tak ada yang sama dan kita punya watak serta cara yang berbeza.Perbedaan itu membuat kita saling bersama.Saling memahami.Dan tak lupa kerana itu hadirnya perasaan cinta.Isu tak serupa bukan masalah.Isu sebenarnya penerimaan hakikat kita.Hati kita yang rasa,hati kita yang berdegup tiap kali merasainya.Perasaan cinta itu ikhlas.Tak salah mencintai kerana ia hadir bukan dipaksa,bukan juga untuk dipersoalkan dan juga bukan untuk disakiti.

Susah untuk menerima seseorang yang mencintai kita sedangkan kita tidak.Tapi tidak kah kita tahu perasaan cinta itu adalah anugerah?Perasaan tu bukan disengaja tapi ia hadir dengan rasa istimewa.Walau kita tak mencintai si dia tak bermakna kita perlu mempersoalkan dan membenci dia.Atleast kita hormatilah dia kerana cinta merupakan anugerah dan sesiapa sahaja berhak merasainya malah budak kecil pun mampu mengaku mereka jatuh cinta.
p/s:Jangan cepat melatah bila ada orang cakap dia cintakan kita.Kita perlu hormat dan percaya yang cinta itu ikhlas walaupun kita tak mencintai dia.Dan kita perlu tahu bahawa cinta itu patut dihargai.

Sunday, January 30, 2011

cerita sebuah cinta

Orang kata hidup ni indah.Ada yang kata hidup ni stress!Ada juga yang kata hidup ni bosan.Dan ada yang kata hidup ni setengah-setengah.Apakah?Means hidup ni kadang-kadang bahagia kadang-kadang berduka.Yang tu cik chupachup sangat setuju sangat!Tapi hidup kita semua ni berlainan.Tak kan jumpa yang sama dan tak kan ada.Kalau ada cuma kebetulan.


Sedih kan bila kita cintai seeorang.Kita jaga dia.Kita sayang dia.Makan,pakai semua kita jaga.Bila dia sakit.Kitalah orang pertama yang risau.Kita orang pertama yang akan selalu disisi dia.Malah sampai kita sanggup tak tidur semata-mata untuk jaga dia.Bila dia sihat,kita juga orang pertama yang seronok sangat.Kadang-kadang rasa macam gila je sebab kita mampu rasa seronok sehari tu semta-mata kita tahu dia dah sihat.Tapi kita tak pernah peduli apa orang lain cakap.Sebab kita yang rasa bukan dia orang.Kita selalu dengan dia.Kita dengar dia ketawa bila dia cerita dia happy.Kita dengar dia menangis bila dia cakap dia sedih.Kita dengar semua rintihan dia.Sampai kekadang bila kita nak cerita pasal kita,dia cakap dia tak ada moodlah.Lain kalilah.Tapi kita tetap senyum untuk dia.Kita usap kepala dia.Kita cakap kat dia..."Ok!" Bila dia mimpi buruk dia bangun dia cari kita.Dia peluk kita ketat2 kadang-kadang kita nak cakap "Awak saya tengah sakit ni." tapi kita tak mampu sebab dia cakap dia takut sangat.Dia tak nak hilang kita.Kita senyum bahagia.Kita sayang dia sangat-sangat.
Tapi kenapa bila dia ada kawan,dia lupa kat kita.Bila kawan dia cakap tak suka tengok dia dengan kita.Dia avoid dari kita.Dia selalu bagi alasan bila dengan kita.Macam kawan dia yang penting dari kita.Bila kita marah dia,kita cakap kita terasa.Dia merajuk.Dia cakap kat kawan kita dia je yang banyak sabar dengan kita.Habis kita ni apa?Bila kawan dia tanya kita sape?dia cakap entahlah.Kita yang tak nak jadi gf dia.Tapi tak ke dia boleh baca hati kita??Dia lebihkan kawan dia dari kita,kita cuba faham.Dia keluar dengan kawan dia,dia sibuk bawak kawan dia balik.Kita diam je.Kita tak kisah.Tapi bila kita termarah kawan dia sebab sepahkan bilik.Dia angin.Dia cakap kita ni tak betul.Kita salah.Tapi kita cuma backup dia.Kenapa dia tak faham perasaan kita?Kita dah cuba jadi terbaik untuk dia.Tapi dia?Kita bagi dia hadiah.Kita tak pernah lupa nak beli apa-apa untuk dia.Tapi dia diam je.Kita tak mintak dia cakap terima kasih tapi atleast please say something.Kita pujuk hati kita bila dia pakai barang kita bagi.Dia suka pakai.Kita happy.Tapi bila semua dah puji dia dan nak kawan dengan dia sampai ex dia pun nak kat dia balik,Dia lupa kita lagi.Dia cakap kite emosi tapi dia yang ego.Dia ckap kat kawan dia,kita tak faham perasaan dia.Habis yang kita jaga dia tu apa?Kita tak pernah cakap dengan sesiapa.Kita diam je.Kita sesorang tau awak.Tapi awak seronok mengadu dengan kawan awak,bila awak sedih awak dah tak cari kita dah.Awak sibuk enjoy dengan awak.Bila kita bawa diri kita terbang jauh.Kita hilang dari pandangan awak.Awak cari kita.Awak cakap awak nak kita balik.Awak minta maaf.Kita terima tapi maaf awak tu sekejap je.Awak tetap buat.Makin jauh kita makin kawan awak buat awak lupakan kita.Awak cakap awak tunggu kita balik.Awak cakap awak akan tunggu kita untuk selamanya,Tapi tak sampai berapa bulan awak lupa kita.Awak ikut ckap kawan awak,awak cari gf baru.Sampai hati awak.Kenapa awak tak tunggu kita?Bukan ke kita cakap kita kan balik.Cuma tunggu kejap je.Kenapa awak?Awak macam tak pernah faham perasaan kita.Bila kita balik,awak dah tak macam dulu.Awak utamakan lagi kawan awak.Awak cakap awak pilih gf awak tu dari kita tapi sampai sekarang bila awak sorang-sorang awak cari kita.Awak rindu kita.Bila awak nak keluar awak ajak kita,awak pegang tangan kita.Kenapa awak buat kita macam ni?Awak seksa hati kita,awak suruh kita lupakan awak.Jadi kawan je tapi kenapa awak masih buat seakan awak dengan kita??Kenapa awak hipokrit dengan kawan-kawan awak?awak cakap kita jahat..tapi kenapa masih nak manja dengan kita?Awak tak sedar hati kita menangis.Tapi dalam hati kita nak awak lagi cuma kita perit.Kita pergi pantai,kita letak nama awak dalam botol dan baling dalam laut.Kita tak mampu macam ni.Hati kita berdarah dan kita tak mampu awak terus hidup dalam hipokrit dengan kawan awak.Kalau awak nak kita cakaplah.Kita nak sangat tahu.Jangan gantung kita macam ni.Kita tak minta apa-apa cuma cakap dengan kawan-kawan awak yang kita ni gf awak dan kita yang awak nak.Cuma tu je.

p/s:CERITA teman terdekat.Jadikan je pengajaran.Amin.Tak salah kita mencintai seseorang.Tapi berpada-padalah cinta kita tu untuk seseorang.

Wednesday, January 26, 2011

pengalaman

Hari ni hidupku penuh persoalan lagi.Soalan tanpa jawapan.Lemas juga kepala dan hati cik chupachup nak jawab.Hehe.Tapi hidup kan umpama bulan.Kadang-kadang bercahaya terang dan kadang-kadang sinarnya tak kelihatan.Kelakar bila sahabat baik aka roomate paling rapat meminta nasihat dari cik chupachup yang konon-kononnya pandai bertelatah.EH?haha.Tapi demi kawan dan kesian bila masalah dia tu membelenggu tidur,cik chupachup cuba bergongsi pengalaman duka.Bukan diri cik chupachup la kalau nak cerita-cerita lama ni.Tapi terpaksa sebab nak bagi dia semangat.Poyo je kan?Haha.Ni lah sebab dah terjangkit dengan sayangku poyo tu.Hehe.Jangan marah ye.

Nasihat cik chupachup senang je.Kalau awak rasa awk bermasalah dan awak rasa awklah yang paling susah.Cuba awak fikir secara rasional dan logik.Tak ada orang yang paling susah ke selain awak kat dunia ni?maybe masalah awak rasa ni lah yang terlalu berat bebanan terpaksa awak tanggung tapi pernah tak awak fikir ada orang yang tak ada family.Tak dapat kasih sayang and terpaksa hidup dalam ketakutan sebab masalah tapi masih boleh berjaya.Tapi kita ni yang ada mak ayah yang baik,ada kasih sayang,keluarga sempurna...kenapa kita nak rasa diri kita nak macam teruk dan kitalah orang paling susah diuji allah?


Lupakah kita apa yang allah turunkan ujian kepada kita tu taklah seteruk yang kita sangka.Allah turunkan ujian pada kita sebab allah tahu kita mampu menghadapinya.Allah lebih mengenali hambanya sebab ALLAH lah pencipta kita.

Buat apa nak sesak kan kepala kalau masalah kita sebenarnya bukanlah boleh buat kan mati pun.Cuba jangan pendam bila ada masalah.Cari je siapa-siapa yang kita percaya untuk luahkan.Bagi cik chupachup.Lebih suka meluah pada diari.Sebab diari tu cermin diri cik chupachup atau kalau dah tension sangat cik chupachup nangis dan tengok cermin.Tanya diri sendiri dalam hidup ni siapa cik chupachup sayang?of coz my mother then tanya balik.sanggup ke buat dia terluka sebab cik chupachup lagi?Mestilah tidak.Cukup hidup tanpa kasih sayang from someone bergelar 'ayah' tapi tak bermakna kita akan jadi bodoh sebab satu masalah.Hidup mesti berani.Percaya pada diri sebab tu kekuatan kita.Insyaallah.

p/s:Hargai orang sekeliling kita especially our family.Bahagianya hidup punya keluarga yang sempurna.Cuba bayangkan orang yang keluarga yang tak sempurna?peritnya tuhan je yang tahu.Jadi setiap masalah tu taklah berat bagi kita cuma kita kena positif.Ingatlah mak ayah kita.Tak sayangkah kita padanya?fikir-fikirkan ok before make a decision.

kisah diari pertama.

diari,

       Bersaksikan engkau aku tutup bayangannya.Bersaksikan engkau ku tutup pintu jiwaku.Maafkan hati bukan niat menangisi permergian cinta tapi tak mampu ku tabah bila tanpanya.Puas ku paksa diri lupakan dia.Tapi bayangan dia makin dekat dan makin menyentuh jiwa.Kekadang hingga dalam lena suaraku seakan bergema memanggilnya 'sayang'.Gilakah aku??Aku tak punya teman rapat tak juga ada yang akrab.Bukan aku sombong tapi aku tak mampu tuk membiarkan mereka melihat titisan embun air mata terus membasahi jiwa yang makin nestapa.Bodohkah aku kerana dia aku masih merangkak?bodohkah aku kerana cinta aku begini?Hati merintih.Jiwa membisu dan diriku memarahi semua perbuatanku.Apakah semua ini dugaanku atau takdir yang Maha Esa??aku membisu.Tak punya jawapan dan persoalan makin mendesak hatiku.Bertahun mencintai dia.Bertahun merindui dia.Bertahun hidupku ku cipta hariku cuma hanya ingin bersamanya.Tapi kini?Kemanakah segalanya??Manakah janjimu.Mana??????Dia tiada denganku lagi.Cintaku dibuang dari hatinya jauh daru segala yang bermakna.Baginya ku bukan sesiapa lagi.Sendiriku menangisinya.Sendiri ku merintih mencintainya.Tanpa aku sedar dan tanpa pertimbangan berbiji-biji panadol dan ubat tidur aku suakan ke bibirku.Tanpa ragu dan tanpa jemu ku telan.Bukan ku tak tahu kesannya kelak tapi aku tak bisa menanggung deritanya lagi.Hati ini luluh dan diri ini bagai mayat yang tidak bernyawa.Bila ibu ku bertanya ku cuma membisu.Buku dan segalanya aku lupakan.Di minda,jasad dan rohku cuma mahukan dia.Dia si kekasih hati yang tak mencintaiku lagi.Pedihnya apabila semua perkara yang aku lakukan setiap hari tak mampu melupakannya malah makin mengingatiya.Aku buntu.Namun satu ketika aku sedar panadol-panadol tu tak membawa mana walau berpuluh biji ku telan seminggu.Tiada kesan ubat tidurku walau berjam-jam kerjaku cuma tidur dan menangis.Aku perlu bangkit.Dengan kekuatan yang ada.Ku cuba jadi biasa.Dia aku cuba lupakan walau setiap hari dan setiap kali dia juga yang ku rindu.Hati ini menangis dalam lenaku dan tanpa sedar aku selalu sebut namanya 'rindu padamu buat aku makin mencintaimu.Walau kau tak mencintaiku tapi demi allah hati ini terlalu ingin bersamamu.Kerana kau adalah nyawaku.'Hampir 3 tahun setengah bersama dia benar buat aku terlalu cintai dia.Tapi itu tak bermakna aku kalah sebelum berperang.Walau sakit aku lupakan dia.Ku cuba.Dan cinta ku tutup sejarah semuanya.Takku dekatinya walau sesaat.Kerana hatiku telah mati lama dalam jasad.Cinta itu perit merobek hatikku hingga aku mati walau bernyawa.Nadiku berdetak tapi hakikatnya kau mati sedikit demi sedikit kerana Cinta itu membunuhku.

p/s:kisah yang benar kadikan teladan.Buat si 'aku dan diarinya' teruslah berjuang.Cik chupachup doakan.Amin.

benarkah

cintailah seseorang menggunakan hati
bukan menggunakan minda
cintailah seseorang bukan dengan kata cinta
tapi belaian kasih sayang untuknya
biar di bibir kaku berkata
asalkan hati kita cuma ada dia
cinta ibarat kain putih
perlu diwarnakan dengan kebahagiaan
cinta bukan kertas
mudah terkoyak dan hilang
cinta adala lambang hati
jika tiada ia sepi
tapi jika ia terluka
ia merintih
cinta itu sensitif
tapi memberi kesan yang inovatif.


p/s:adakah ada diantara anda yang cuba mencintai seseorang yang lain cuma demi membuang cinta di hati.Renung-renungkanlah kembali.benarkah keputusan yg anda pilih tu??tepuk dada tanyalah hati.

karyaku

jiwa yang tenang jangan disangka tidak bergelora
hati manusia tak serupa
perasaan berbeza dan tak akan sama
mencintai bukan untuk hari ini dan esok
tapi untuk selamanya
keputusan hari ini
adalah nyawa bagi esok
duka hari ini
adalah perut untuk esok
jika cinta
mengaku saja
tak perlu kerana cinta
diri merana
mungkin ada benarnya
kebahagian dia kebahagian kita juga
tapi perlukah kita menipu perasaan yang lainnya?
kalau itu untuk kebahagiannya
dan duka pada kita
kita perlu betul tabah menghadapinya
kerana setiap yang terjadi pasti ada akibatnya


p/s:kalau jari terkena duri.Pasti mengalir darah.Rasanya perit walaupun lukanya sedikit.Begitu juga hati.Lukanya tak nampak namun lukanya dalam di hati.

Tuesday, January 25, 2011

mengaku cinta

Semalaman saya fikir nak cakap apa dengan awak bila jumpa awak esok dekat sekolah.Saya nak mengaku yang saya suka awk ke saya benci awak ye?macam mana ni ye.Saya mengaku saya suka awak tapi saya juga benci awak.Apa ye makna ni?

Awak tenung saya lama sangat masa belajar matematik kelmarin.Saya tak perasan.Bila cikgu cermin mata bulat jerit kuat-kuat nama awak baru saya perasan yang awak tak tumpukan perhatian pun masa cikgu cermin mata bulat mengajar tapu awak tumpukan sepenuh mata awak kat saya.Saya terkejut sangat.Rasa malu bila kawan-kawan kacau saya yang awak tenung saya.Saya marah mereka kuat-kuat.Awak diam je dan terus awak mintak kebenaran dengan cikgu mata bulat keluar kelas.Saya rasa bersalah sangat.Kat mulut je saya marah tapi saya sebenarnya suka.

Masa perlawanan bola sepak,saya jadi team cheerleader.Saya semangat nak sokong team football awak main.Tapi saya tak nampak pun awak kat pandang masa perlawanan berlangsung.Saya risau sangat.Tahukah awak?Sampai team leader marah saya sebab dia cakap saya tak concentrate.Saya tak kisah kena marah sebab saya risau awak tak ada.

Balik dari sekolah saya mesej awak.Saya taip 'awak sihat tak?Kenapa awak tak datang sekolah masa main bola?' lepas saya hantar mesej tu awak balas awak cakap 'suka hati akulah' saya terasa sangat.Tersentap je.Tapi saya tak berani nak balas cakap macam tu jadi saya pun terus diam.

Budak kelas sebelah cakap awak dah ada teman wanita.Dia cakap dia nampak awak dekat mall bintang terbalik dengan teman wanita awk tu.lepas tu dia cakap yang teman wanita awak cun sangat macam maria mercedes.Betul ke?Saya diam.Dalam hati saya cemburu.Tapi bila kawan saya tanya,saya pura-pura gelak je.Saya cakap 'pe barang jeles-jeles ni dengan mamat macam squickward.Dia je perasan sampai tenung aku' dan tanpa saya perasan awak lalu depan saya.Awak masam je.Pandang saya pun awak tak nak.Saya sedih gile macam nak menangis guling-guling dekat depan kelas kita.

Hujung minggu saya keluar makan malam dengan keluarga saya dekat ayam goreng kentangki 'AGK'.Kebetulan saya jumpa awk dengan sorang perempuan rambut panjang.Awak asyik ketawa je dengar perempuan tu cakap dan kadang-kadang awak cubit pipi permpuan tu.Saya rasa marah sangat macam nak pergi lempang-lempang awak.Tapi saya sedar siapalah saya di hati awak.Hati saya hancur.Betul lah awak dah ada teman wanita cun macam maria mercedes.

Hari ni saya dapat surat cinta dari abang senior.Saya rasa menyampah je.Sebab saya bukan suka kat dia.Tapi bila saya terpandang awak.Hati saya sakit dan hancur luluh.Jadi saya saja je cakap kuat-kuat dekat kawan saya 'Abang senior rambut macam goku tu lamar aku jadi gf dia lah.Macam best pulak.Yelah macam dia tahu-tahu je aku ni kan single.Tak salah juga terima kan?..........T..' dan belum sempat saya sambung ayat tu.Awak terus blah je dari situ.Saya geram sangat sebab saya tak habis cakap lagi 'tapi aku tak nak pun'

Saya kena ganti main bola jaring.Padahal manalah saya pandai.Saya kekok sangat bila pj sebab saya tak suka main sukan.Saya nampak dari jauh awak tengah main bola dengan budak lelaki kelas kita.Dari pagi tadi lagi awak masam je.Saya tak faham dengan awak ni.Bukan ke awak ade teman wanita,mestilah bahagia.Lainlah macam saya.'BUSSHHHHH...' tanpa saya sedar bola kuat sangat melantun kena muka saya.Sakitnya perghh macam buat plastic surgery.Ops!memandai je saya ni.Hehe.Berbalik pada tadi,sakit saya rasa ni buat saya macam nak pengsan.Saya pegang hidung saya rasa ada air panas mengalir laju.'darah' saya terus panik dan saya tak perasan masa bila awak cepat-cepat tarik saya dan dukung saya ke pusat rawatan sekolah.Saya rasa awak lari laju sangat.Macam mimpi pun ada dan saya........terus pengsan.Mesti mimpi kan sebab awak tak kanlah nak dukung saya pun.

Bila saya sedar,saya pelik hidung saya kena lapik-lapik kapas.Saya rasa macam tadi saya mimpi awak.Tapi sekarang saya kat mana?Bila saya perhati sekeliling baru saya ingat pasal kejadian tadi.Tapi ada satu perkara saya ragu-ragu.Tiba-tiba 'awak ok?masih sakit tak hidung awak?nasib baik doktor cakap awak tak apa-apa.Bleedings sikit je.' saya kaku.terkejut.'AWAK?' bila saya pangil awak macam tu dahi awak berkerut-kerut sangat. 'Kenapa?' saya terdiam bila dengar suara awak.Masih tak percaya lagi.Jadi say tepuk-tepuk dahi saya.Cubit-cubit pipi saya kuat-kuat.Tiba-tiba awak tarik tangan saya. 'Awak tak percaya ni saya ye?' saya angguk laju-laju.Awak gelak je.Awak cakap muka saya macam sandy.Sampai hati awak.Awak pegang tangan saya tiba-tiba lepas tu awak letak kat dada awak kemas-kemas.
"Percayalah.ni saya.Saya nak jaga awak.Saya tak akan biar awak sakit atau terluka.Walaupun nyamuk pun saya tak akan bagi dia gigit awak.Saya sayang awak.Hanya awak." saya terdiam.Tiba-tiba saya menggeleng laju-laju. 'mana awak nak campak maria marcedes awak tu?' kening awak berkerut bila saya tanya macam tu.Awak tanya kat saya siapa maria mercedes tu.Bila saya cerita awak gelak je.Rupanya tu adik tiri awak.Patutla lain muka dia.Hehe.Saya rasa malu sangat bila awak tanya saya jeles ke.awak tarik pipi saya dan awk terus pegang kemas tangan saya.
"SAYA SAYANG AWAK SEORANG JE miss sandy!"
"SAYA PUN SAYANG AWAK SEORANG JE mr squickward"
akhirnya kita bersama si sandy dan si squickward.Boleh ke?hehe.Suka hati kamilah.Ni kan cinta kami.hehe.Jangan mare.ehem!

p/s:Kalau suka cakap jelah.Tak perlu malu sebab tu perasaan kita.Biar ikhlas dan telus kerana cinta itu indah dan nyata.Kalau tak cakap nanti rugi tau!Peluang hanya sekali seumur hidup!

Monday, January 24, 2011

Alamak!

Bila terlalu bermakna dia dalam hidup kita
rasa bahagia tak terkata
andai memang benar ini cinta
labuhkanlah di hatinya
ingin ku kata padanya
betapa ada rindu mengusik jiwaku
ada cinta buatnya bertamu
andai ada masa
ingin ku bertemu
merindui dia selalu
tak pernah jemu
walau berkali-kali hati menyeru rasa rindu.
aku benar rindu kamu.

p/s:Nak call dia tapi oops kredit tak ada.Macam mana ni??'toink-toink' rindu ni.Aiseh cik chupachup.Potong drama sungguh!!Baru nak buat drama sebabak.Hehe.Maaf ye kepada dia dan dia.hehe.

awak

Hari tu saya tengok awak.Awak sibuk je baca buku.Saya nak kacau tapi saya takut awak marah.Jadi saya diam je dan tengok awak dari jauh.saya nak cakap sesuatu perkara penting.Tapi tak apalah.


Masa ada majlis penyampaian hadiah.Saya tahu awak dapat tempat pertama acara pecut lari 4x100.Saya happy sangat.Yelah boyfriend saya menang kan.Saya semangat sangat macam saya pulak yang menang kan.Tapi time saya nak datang dekat awak,awak marah awk cakap awak busy nak keluar celebrate dengan kawan-kawan awak.Padahal masa tu saya nak cakap kat awak yang saya BANGGA dengan awak.Tapi tak apalah.


Kita dah lama tak bercakap,jumpa dan keluar sama-sama.Saya telefon awak masa waktu balik sekolah.Nak ajak awk jumpa sebab say RINDUKAN awak tapi awak cakap "Alah,kita jumpa nanti-nanti jelah.Hari ni saya dah janji nak main bola la dengan dak kelas." Saya diam lagi.Dalam hati saya cakap tak apalah.

Esoknya saya nampak awak dekat kantin.Awak senyum je.Awak nampak segak sangat sebab hari ni awak first day pakai uniform kadet awak.Saya pun balas senyum dekat awak lepastu saya menapak ke arah awak.Tiba-tiba awak cakap."Hai awak.RINDUnya,semalam saya telefon tak angkat kenapa?" saya hairan sebab semalam mana ada awak call saya.Tapi tak apa.Sya baru nak jawab tiba-tiba ada perempuan lain jawab dan terus awak jeling saya.Saya sedih sangat.Dalam hati saya sakit tapi saya tetap cakap tak apalah,kawan dia je tu.

Petang tu saya jalan-jalan kat taman permainan dengan kawan saya.Saya sedih lagi pasal pagi tadi.Tapi saya buat-buat happy.Tiba-tiba kawan saya tunjuk saya pada satu tempat."Eii,macam bf kau la." saya jawab mana ada.Tapi dalam hati tertanya-tanya namun saya tetap yakin yang bukan awak sebab lelaki yang kawan saya tunjuk tu dia tengah pegang tangan perempuan maybe macam gf dia.boyfriend saya bukan jenis macam tu.

Tapi..........sangkaan saya meleset.ITU memang AWAK!awak pegang tangan perempuan lain.Bila awak nampak saya,awak dah pucat lagi-lagi bila awak nampak saya menangis.Saya rasa hati saya macam kena koyak-koyak,siat-siat dan rasa sakit sangat.Sya tertanya-tanya kenapa awak buat saya macam ni?Saya sakit hati sangat saya lari laju-laju dan saya terjatuh.Tiba-tiba lutut saya sakit,kepala saya pening.Badan saya rasa ringan macam nak terbang,Ada bunyi hon kereta dan ramai yang jerit-jerit.Saya tak pasti siapa tapi saya dengar awak panggil nama saya.Awak cakap "sayang,i'm sorry.Please bertahan.Tolong." saya rasa tak marah dah bila dapat dengar suara awak panggil saya sayang.saya cakap dekat awak "Saya RINDU awak." tapi suara saya tersekat-sekat.Macam tak keluar je.Saya tak nampak awak dah.Yang saya nampak cuma gelap.Sya takut.Saya nak awak.Saya nangis kuat-kuat tapi tak ada siapa dah dengar.Yang saya dengar semua orang sibut menangis dan baca al-fatihah kat saya.Kenapa?Saya pelik tapi bila saya tanya dekat awak dekat mak ayah saya.Tak ada siapa jawab pertanyaan saya.Semua menangis.Bila saya nampak wajah pucat dekat atas tilam.Saya kaku.Baru saya faham.
"Awak....awak...saya dah tak ada ye kat dunia ni?awak maafkan saya tinggalkan awak.Tapi saya sayang awak sangat.Saya selalu tak sempat nak cakap yang saya RINDUKAN awak.Maafkan saya."

p/s:Hargailah orang tersayang sebelum terlambat.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada berguna. 

Hari ini

Mengapa saat bahagia masih punya tangisan
Mengapa saat lagu gembira di udara
Di dada lagu berduka rasa
Dalam separuh jaga
Rasa hangat mengalir limpahan jiwa
Manik-manikku tak berharga
Dulu sukarku titiskan
Kerana ia bagai mutiara
Namun mengapa kini bagai kaca
sembilu mencucuk nestapa
Sakitnya hingga terasa ke rongga nafasku
Apakah ini ibarat matinya separuh hidupku
Buat kamu Sang pencintaku
Sanggupkah kamu di sampingku
walau masa itu ku bukan seperti dulu
seperti kini bisa bicara manja
seperti kini bisa membuat kau rasa bahagia
apa masih kau disisiku
setia mencintaiku?
bila saat aku lupa segala
walau cuma sepatah ayat aku tak mampu mengungkapkannya
tanganku tak mampu lagi menyentuh wajahmu
dan aku ibarat si tua yang tak mampu mengenalimu
apakah kau masih mencintaiku?
sakitku bukan sehari
bukan seminit
dan bukan cuma setahun
tapi selamanya
apakah kau mampu tuk terus bersamaku?
cintaku memang untukmu..
tapi ketakutanku kau lupakan aku
benar buntu
aku cintaimu
namun ku takut kau tak bahagia bila aku terlalu lemah buatmu
kerana aku cuma manusia yang hanya mampu menangisi jiwaku
si pencinta illahi dan
padamu wahai kasih.


p/s:Kalau esok atau lusa atau tulat atau bila-bila saya bukan saya,saya tak cantik,saya tak pandai berkata-kata,tak petah bicara,tak boleh buat awak rasa bahagia.Awak masihkah mahu memegang tangan saya selamanya?Pada sahabatku masih kah mahu ku dijadikan sahabat atau cuma biarkan aku tanpa teman ibarat si buta tanpa tongkat?hari ini saya sempurna,esok juga mungkin.LUSA?bagaimana?allahhualam.