Awak tenung saya lama sangat masa belajar matematik kelmarin.Saya tak perasan.Bila cikgu cermin mata bulat jerit kuat-kuat nama awak baru saya perasan yang awak tak tumpukan perhatian pun masa cikgu cermin mata bulat mengajar tapu awak tumpukan sepenuh mata awak kat saya.Saya terkejut sangat.Rasa malu bila kawan-kawan kacau saya yang awak tenung saya.Saya marah mereka kuat-kuat.Awak diam je dan terus awak mintak kebenaran dengan cikgu mata bulat keluar kelas.Saya rasa bersalah sangat.Kat mulut je saya marah tapi saya sebenarnya suka.
Masa perlawanan bola sepak,saya jadi team cheerleader.Saya semangat nak sokong team football awak main.Tapi saya tak nampak pun awak kat pandang masa perlawanan berlangsung.Saya risau sangat.Tahukah awak?Sampai team leader marah saya sebab dia cakap saya tak concentrate.Saya tak kisah kena marah sebab saya risau awak tak ada.
Balik dari sekolah saya mesej awak.Saya taip 'awak sihat tak?Kenapa awak tak datang sekolah masa main bola?' lepas saya hantar mesej tu awak balas awak cakap 'suka hati akulah' saya terasa sangat.Tersentap je.Tapi saya tak berani nak balas cakap macam tu jadi saya pun terus diam.
Budak kelas sebelah cakap awak dah ada teman wanita.Dia cakap dia nampak awak dekat mall bintang terbalik dengan teman wanita awk tu.lepas tu dia cakap yang teman wanita awak cun sangat macam maria mercedes.Betul ke?Saya diam.Dalam hati saya cemburu.Tapi bila kawan saya tanya,saya pura-pura gelak je.Saya cakap 'pe barang jeles-jeles ni dengan mamat macam squickward.Dia je perasan sampai tenung aku' dan tanpa saya perasan awak lalu depan saya.Awak masam je.Pandang saya pun awak tak nak.Saya sedih gile macam nak menangis guling-guling dekat depan kelas kita.
Hujung minggu saya keluar makan malam dengan keluarga saya dekat ayam goreng kentangki 'AGK'.Kebetulan saya jumpa awk dengan sorang perempuan rambut panjang.Awak asyik ketawa je dengar perempuan tu cakap dan kadang-kadang awak cubit pipi permpuan tu.Saya rasa marah sangat macam nak pergi lempang-lempang awak.Tapi saya sedar siapalah saya di hati awak.Hati saya hancur.Betul lah awak dah ada teman wanita cun macam maria mercedes.
Hari ni saya dapat surat cinta dari abang senior.Saya rasa menyampah je.Sebab saya bukan suka kat dia.Tapi bila saya terpandang awak.Hati saya sakit dan hancur luluh.Jadi saya saja je cakap kuat-kuat dekat kawan saya 'Abang senior rambut macam goku tu lamar aku jadi gf dia lah.Macam best pulak.Yelah macam dia tahu-tahu je aku ni kan single.Tak salah juga terima kan?..........T..' dan belum sempat saya sambung ayat tu.Awak terus blah je dari situ.Saya geram sangat sebab saya tak habis cakap lagi 'tapi aku tak nak pun'
Saya kena ganti main bola jaring.Padahal manalah saya pandai.Saya kekok sangat bila pj sebab saya tak suka main sukan.Saya nampak dari jauh awak tengah main bola dengan budak lelaki kelas kita.Dari pagi tadi lagi awak masam je.Saya tak faham dengan awak ni.Bukan ke awak ade teman wanita,mestilah bahagia.Lainlah macam saya.'BUSSHHHHH...' tanpa saya sedar bola kuat sangat melantun kena muka saya.Sakitnya perghh macam buat plastic surgery.Ops!memandai je saya ni.Hehe.Berbalik pada tadi,sakit saya rasa ni buat saya macam nak pengsan.Saya pegang hidung saya rasa ada air panas mengalir laju.'darah' saya terus panik dan saya tak perasan masa bila awak cepat-cepat tarik saya dan dukung saya ke pusat rawatan sekolah.Saya rasa awak lari laju sangat.Macam mimpi pun ada dan saya........terus pengsan.Mesti mimpi kan sebab awak tak kanlah nak dukung saya pun.
Bila saya sedar,saya pelik hidung saya kena lapik-lapik kapas.Saya rasa macam tadi saya mimpi awak.Tapi sekarang saya kat mana?Bila saya perhati sekeliling baru saya ingat pasal kejadian tadi.Tapi ada satu perkara saya ragu-ragu.Tiba-tiba 'awak ok?masih sakit tak hidung awak?nasib baik doktor cakap awak tak apa-apa.Bleedings sikit je.' saya kaku.terkejut.'AWAK?' bila saya pangil awak macam tu dahi awak berkerut-kerut sangat. 'Kenapa?' saya terdiam bila dengar suara awak.Masih tak percaya lagi.Jadi say tepuk-tepuk dahi saya.Cubit-cubit pipi saya kuat-kuat.Tiba-tiba awak tarik tangan saya. 'Awak tak percaya ni saya ye?' saya angguk laju-laju.Awak gelak je.Awak cakap muka saya macam sandy.Sampai hati awak.Awak pegang tangan saya tiba-tiba lepas tu awak letak kat dada awak kemas-kemas.
"Percayalah.ni saya.Saya nak jaga awak.Saya tak akan biar awak sakit atau terluka.Walaupun nyamuk pun saya tak akan bagi dia gigit awak.Saya sayang awak.Hanya awak." saya terdiam.Tiba-tiba saya menggeleng laju-laju. 'mana awak nak campak maria marcedes awak tu?' kening awak berkerut bila saya tanya macam tu.Awak tanya kat saya siapa maria mercedes tu.Bila saya cerita awak gelak je.Rupanya tu adik tiri awak.Patutla lain muka dia.Hehe.Saya rasa malu sangat bila awak tanya saya jeles ke.awak tarik pipi saya dan awk terus pegang kemas tangan saya.
"SAYA SAYANG AWAK SEORANG JE miss sandy!"
"SAYA PUN SAYANG AWAK SEORANG JE mr squickward"
akhirnya kita bersama si sandy dan si squickward.Boleh ke?hehe.Suka hati kamilah.Ni kan cinta kami.hehe.Jangan mare.ehem!
p/s:Kalau suka cakap jelah.Tak perlu malu sebab tu perasaan kita.Biar ikhlas dan telus kerana cinta itu indah dan nyata.Kalau tak cakap nanti rugi tau!Peluang hanya sekali seumur hidup!
No comments:
Post a Comment