luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum wahai blogku yang tercinta.Nak cerita ni.Moh2 bace same2 ok!Wuh!Tadi tengok teater muzikal dak2 law.walaweh!sangat best!Rugi kepada sesiapa yang membuta terlebih awal.hahaha.Suspen banyak sangat dan memang gelak macam dah nak terguling2 kat hall 2.hehe.Keluar part seram,dengar watak utama gelak2 yang menakutkan,memang cam nak lari je keluar dari dewan but apa2 pun totally sangat enjoy!Terima kasihlah kepada budak2 law students.hehe.Teater ni berkisahkan harga sebuah kecantikan.Ni bukan kisah spa or apa2.Tapi ada unsur syirik dan kekejaman sesama manusia.Realiti sebuah kehidupan.Watak utama cerita ni Tazmina Hishamudin merupakan anak yatim piatu dan pelajar IPTA.Dia dibesarkan oleh ibu tirinya yang kejam dan sering dimaki hamun kerana dianggap anak sial yang menyebabkan ayah dan ibunya meninggal dunia.Tazmina gadis yang hodoh dan dipulaukan teman2 sebayanya sehingga membuat jiwanya memberontak dalam diam.Apabila di IPTA,dia masih diejek kerana kehodohannya hingga membuat dia tertekan dan memuja syaitan demi kecantikan.Dia membunuh sahabat baiknya dan seorang teman sekuliah untuk kelihatan cantik.Namun dia ditangkap selepas didapati bersalah akibat tuduhan membunuh 2 orang mangsa.Tazmina dihukum hukuman gantung sampai mati diatas tuduhan membunuh dengan kejam hingga hancur abdomen2 dalam badan mangsa.Cerita ni sedih tapi ada unsur lucu bila saksi2 peguam bela macam2 je karenahnya.Sorang nama krisdayanti,tak habis2 menari dangdut lagu inul.Pantang tengok peguam bela dengan pendakwa bertekak,dia pun gelek.Hahaha.Sorang lagi pula madam IPTA.Macam hindustan.Nama pun Madam Rani Mukerji.Hahaha.Kecoh dengan lawak dia acting macam kelamkabut cakap hindi.haha.Best sangat cerita ni.Ada lawak,ada sedih.Seram dan pengajaran.Dan yang penting tentang sebuah kehidupan.Pengajaran cerita ni,salah ke kalau ada manusia yang paras rupa dia tak cantik?Dia pun manusia biasa macam kita.Sama.Punya perasaan dan jiwanya tetap sama seperti kita.Tak baik kita pulaukan dan ejek2.Semua yang berlaku ada hikmahnya.Allah SWT tak akan beri ujian kepada hanbanya kalau DIA tahu hambanya tak mampu menghadapinya.Apa yang terjadi kita kena selalu tabah.Rupa tak penting.Yang penting hati kita.Buat apa muka cantik tapi hati busuk.Tak kemana pun.Huhu.Kesian sangat bila tengok cerita ni.Apalah perasan orang yang kena macam ni kan?Mesti hidup dia tak tenang.Dihantui bayang manusia yang zalim.Tapi apa2 pun kawan-kawan sekalian,saya percaya kita tak akan wat macam 2 kan?hehe.Sentiasa2lah beringat,takut kita kealpaan kemudian hari.ehem.Wasallam.

No comments:

Post a Comment