luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Monday, January 3, 2011


"Kekadang kita terlupa.Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.Setiap yang berlaku pasti memberi kita pengajarannya.Adakalanya sesuatu peristiwa yang terjadi itu memedihka kita hingga tak mampu kita lupakan.Tapi tanpa kita sedar,ada juga cahaya yang memberikan kita kebahagiaan hadir dalam hidup kita.Hidup sebuah perjalanan yang singkat.Kadang-kadang kita rasa kita cukup sempurna.Dan kekadang pula tidak malah seakan putus asa.Tapi tahukah kita hidup ini penuh keindahan.Setiap kali kita bangun dan buka je mata,ada 2 malaikat mendoakan kesejahteraan kita.Yang lalu jadikan kennagan juga pengajaran.Yang hari ini berdepanlah dengan realiti kehidupan.Semalam adalah kenangan,hari ini realiti dan esok pula misteri.Adakalanya kita rasakan seseorang terlalu rapat dengan kita.Bahagia bergongsi ketawa dan duka.Adakalanya mengaku sebagai teman.Namun disaat kita percaya padanya.Dia tiada.Kehidupan tak selalu seperti yang kita impikan.Mimpi cuma mimpi.Realiti itulah hidup kita.Jangan mengharap pada yang tak pasti.Tapi mencuba tak salah cuma peritnya takkan bisa kita tanggung kerana bisanya terlalu dalam dan lama memakan diri.Hidup ini cabaran.Yang kalah ditinggalkan.Yang menang dialah juara kehidupan.Namun hakikatnya kebenaran ini salah.Kita tanpa siapa2 takkan ada bahagia.diri memang penting namun kalau dalam hidup ini sentiasa bergongsi pasti akan menambahkan kita kebahagiaan berlipat kali ganda.Jangan pernah bencikan masa lalu.Kerana ia penawar untuk masa hadapan.Tak percaya?cubalah!haha."

No comments:

Post a Comment