luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Friday, January 21, 2011

Dukaku

Kadangkala kita rasa nak meluah sesuatu.Tapi tak tahu nak meluah apa dan dekat siapa.Kalau nak luah rasa kita ni takut pula ada orang tak senang dengan apa yang kita nak kata.Bak kata cik chupachup.
"Biar kita yang menangis,jangan kita buat orang menangis.Biar kita yang sakit hati,jangan kita buat orang lain sakit hati."
Mungkinlah kadangkala akan buat kita terasa.Tapi janganlah sampai kita sanggup menyakitkan hati orang lain.Dalam hati ni macam-macam kita rasa.Dalam hati kita ni macam-macam bentuk perasaan yang menjalar hati dan jiwa.Hingga kadang-kadang kita tak tahu nak rungkaikan macam mana.Macam sebuah cerita.Cik chupachup nak berstory.
"Ada seorang gadis ni terlalu terasa dengan sikap sahabat-sahabatnya yang kononnya sayangkan sahabat.Tapi dalam masa yang sama,sahabat-sahabat ni menyimpan rasa yang tak puas hati hingga menyisihkan sahabat mereka.Kalau sebuah pertalian persahabatan ni jujur.Pasti mereka akan mendoakan apa je kebahagian untuk gadis sahabat mereka namun mereka tidak.Kenapa?Manusia ni ada macam-macam perasaan prasangka dan hasad dengki.Walaupun gadis itu sahabat mereka,tapi mereka seakan lupa.Hingga menyebabkan pertalian persahabatan itu putus sebab hanya kerana dengki dan perasaan nak menjatuhkan teman baik sendiri.Patutkah?Apakah sebab terlalu dengki,Kita sanggup khianati sahabat baik kita sendiri?Manusia punya hati namum kenapa kadangkala terlalu mengikit emosi.Hilang perasaan sayang antara manusia,sahabat.Kerana mereka sanggup menyakiti hati teman mereka hingga terhiris dalam diam.Menangis dalam tawa."

Apakah kita ni ,manusia dan merangkap sahabat yang macam ni?Jangan pernah rasa kita ni terlalu bagus sampai kita tak pernah pedulikan perasaan orang lain.Cubalah kadang-kadang kita rendahkan rasa ego kita.Tak apa lah kalau kita yang menangis,kita yang terasa tapi jangan pernah kita rasa kitalah manusia paling bagus sebab tanpa kita sedatr ALLAH SWT itu maha adil.Kalau hari ini kita sakiti hati orang,esok allah akan balas balik.

No comments:

Post a Comment