luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Tuesday, January 18, 2011

salam cik chupachup di blog kesayangan hari selasa ni.Hm,alhamdulilah syukur pada allah swt sebab da habis dah buat presentation.Cuma masalah sekarang ialah esok ada quiz economy dan malam ni terpaksa buat asgment math.Hmmmm...blurr sangat.Takut bila dah macam2 kena wat dalam satu masa.Harap2 apa yg belajar masuklah dan akan selalu ingat.Amin.
Tadi petang ada sorang dak ni tegur cik chupachup.Tak pernah2 jugaklah.Dia cakap.
"Hey,tak sihat jangan lupa makan ubat.Take a good rest ok."
Dengan muka pelik saya jawablah.
"Kenapa cakap saya tak sihat?Pasal saya batuk ke?Kuat sangat ek?Sorry."
"Tak adalah.Awak tak batuk pun saya tahu awak memang tak sihat.Jangan lupa makan ubat."
Makin bertambah peliklah cik chupachup.Hm,adakah sebab masa presentation tadi tak best ke apa?Tapi rasa macam ok je.Pelik bin ajaib sebab dia ni kalau nak cakap dengan orang pun tak pernah.Dulu adalah mesej sebab yelah satu class kan.Tapi...kenapa ek?Mimpi kot.:)
Bila cerita pasal ni dekat dak classmate merangkap kawan rapat.Dia pun terlopong jugak.Hahaha.Yelah mamat tu punyalah pendiam tak cakap dengan girls.Macam control je kan.Hahaha.Apa-apa pun thanks lah kepada anda sebab mendoakan kesihatan saya.Amin.
Rasanya dak2 boys ni macam peliklah sebab perangai dorang memang pelik.Tak boleh nak agak dan memang tak faham pun dengan semualah.so,abaikan jelah.
Ada lagi nak cerita.Apa makna ek kalau kita mimpi beli barang??Macam pelik je.Lagi best bila mimpi tu beli handbag.Ada ke patut?hahaha.Sebab penat dan jiwa kacau macam2 boleh fikir.Alahai.


Kadang2 juga kita tertanya macam mana orang rasa dan menilai tentang diri kita ni.Nak tanya malu kan.Tapi teringin nak tahu.Apakah kita ni orangnya jahat?Dibenci orang atau mungkin orang tak pernah sukakan kita.Dan macam mana juga kita nak tahu perasaan orang tu ikhlas ke tak dengan kita?Ingin dipercayai sepenuhnya oleh hati.Mustahil sebab hati kita kadangkala terlalu mengikut nafsu.Kalau terlalu percaya pada akal fikiran.Semua hanya terlalu mengikut logik dan teori.Maka percayalah kepada kedua-duanya dan sama2lah berfikir dan mendengar kata hati sebab seseungguhnya bila kita tanya pada hati dan buat keputusan melalui berfikir.Nescaya keputusan tu lebih ada hikmah dan betul.

No comments:

Post a Comment