luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Friday, January 21, 2011

kebenaran

Pernah tak rasa kita nak menangis seharian tanpa henti.Nak menangis tanpa fikir apa-apa.Kita berharap dengan tangisan tu dapat lepaskan semua masalah kita.Tapi boleh ke?
"Ku duduk seorang diri.Dengan tangisanku pejamkan air mata.Ku peluk tubuhku.Bayangku hilang,jiwaku melayang.Ku cuba redakan emosi.Hatiku segalanya.Masalah yang datang ku cuba lari namun tak akan pernah hilang masalah itu walau kita lari sejuta kilometer sekalipun.Tapi dengan tangisan ni,Hati rasa lega malah kita lebih fresh untuk memulakan langkah hidup kita."
Kenapa ye kadang-kadang manusia ni bila punya cinta,punya kebahagiaan mereka seakan lupa pada sahabat malah ada juga yang makin kejam.Hilang semua janji-janji teman terbaik,sahabat selamanya malah cinta lebih berharga dari sayang.Bukankah kekasih itu punya cinta hati dan sahabat pula punya sayang terbaik buat sahabat sejati?Tapi mereka lupa pada sahabat.Bagi mereka,Hilang sahabat tak apa tapi jangan hilang cinta yang mereka genggam.Motto terbaru ke?Mungkin.Cik chupachup tak tujukan kat siapa-siapa namun ni lah hakikatnya.Bila sahabat punya cinta mereka seakan hilang semua setia sebagai sahabat.Hilang sayang sebagai saudara.Lupa mereka ada sahabat.Kejamnya duniawi sekarang ni.Namun biarlah.hati masing-masing dan hidup masing-masing.Cuma rasa terkilan cik chupachup sebagai seoarang sahabat di dunia ini tetap ada.
"Buanglah makna sahabat dalam kamus hidup anda dan tak perlu mengaku sebagai sahabat-sahabat kalau anda lupa apa erti sebenarnya seoarang sahabat dan lupa tanggungjawab sahabat kepada sahabat."
p/s:Sebagai seoarang sahabat,cik chupachup tak lupa pada sahabat dan teman tersayang cik chupachup,tapi tak tahula pula kalau ada sahabat yang lupakan saya.Hehehe.Tak apa.Memaafkan lebih perlu dari memohon kemaafan.Wasalam.

No comments:

Post a Comment