luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Friday, January 21, 2011

Dalam tawa punya tangisnya,
Dulu aku menangis sendiri,
Tiada seorang yang ingin mendengarnya,
Aku tertawa dalam perasaan hiba,
Cuba keraskan hati,
Cuba bermimpi walaupun ngeri,
Perasaan yang hancur,
cuba dicantumkan tapi hatiku berkecai kembali,
Tapi disaat ku cuba menepis segalanya,
Dia hadir dalam hidupku,
cahaya yang suram
dia sinarkan jadi terang.
Tangisku dia cuba tukarkan jadi senyuman.
Sayangku dan perasaanku,
ku ukirkan untuk dia.
Hariku untuknya.
Saatku buatnya.
Cintai dia setiap masa.
Dan kiniku cuma punya dia.
Setiap saat dalam mimpiku
ku cuma nampak dia.
Hatiku untuknya.
untuknya.

p/s: Dak poyo + senget,kalau awk rindu kat dak comei.Awak tutup je mata awak tu.Awak bayangkan dak comei selalu dekat awak.Walau time tu dak comei jauh dari awak,Tapi tak bermakna dak comei lupakan dak poyo + senget.

No comments:

Post a Comment