luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Sunday, January 23, 2011

sekeping hati

Kalau biasanya orang bertanya ada apa dengan cinta? 
tapi ni cik chupachup nak bertanya ada apa dengan hati??
hati kita ni tak bernyawa,tak mempunyai jasad,tak ada roh tapi hati kita ni istimewa kerana ia melengkapi nurani kita.Dari segi zahirnya ramai yang tak percaya dengan kata hati.Dan dari segi duniawi juga,mereka tak [peduli pun dengan hati.Apa yang hati mahu,apa yang hati cari,apa yang hati ingini dan kadangkala hati itu dibiarkan kosong.Tapi pelik sebab mereka percaya pula dengan adanya CINTA.Tak ke terfikir oleh mereka-mereka ini CINTA itu wujud kerana sekeping hati?Atau mereka yang celik sengaja butakan mata,yang peka sengaja tulikan telinga,yang waras sengaja tak berfikir?
Jawapannya masih entah.Cik chupachup sendiri tak boleh nak baca tentang perasaan orang lain apa lagi nak baca fikiran diaorang.
Zalim juga manusia ni kan menidakkan kata hati,walhal dalam agama kita sendiri menyatakan hati itu wujud dan ada.Kerana hati kita percaya pada ALLAH SWT.CintakanNYA dan kebesaranNYA.Mushkil kalau fikir tentang semua ni.
Manusia percaya akan adanya CINTA.cinta itu indah,sunyi dan seakan mengalir dalam darah kita bila kita mulai mencintai seseorang.Perasaan cinta ni ibarat satu perasaan yang tak ada ayat yang sesuai nak ucapkan dan terangkan melainkan cuma ia terlalu indah pabila hati kita yang bergetar hebat.Bila merasainya,kita rasa rindu.Rasa payah untuk bercakap dengan orang yang memiliki cinta kita.Rasa terlalu bermakna hari-hari bila dia ada.Juga terasa bahagia bila dia turut menyatakan dia juga ingin bersama kita.Tapi cinta ni payah juga sebab memerlukan keserasian berdua dan jika cinta kita ikhlas pasti ada bahagianya walaupun lambat.
p/s:Kalau ada orang cintakan saya,nasihat saya.BEWARE!sebab saya suka makan gula-gula.so,habislah duit awk nanti beli coklat je.Haha.

No comments:

Post a Comment