luar biasa

"hati kita luar biasa kerana punya perasaan yang boleh menggambarkan keindahan pencipta kita"

Wednesday, January 26, 2011

pengalaman

Hari ni hidupku penuh persoalan lagi.Soalan tanpa jawapan.Lemas juga kepala dan hati cik chupachup nak jawab.Hehe.Tapi hidup kan umpama bulan.Kadang-kadang bercahaya terang dan kadang-kadang sinarnya tak kelihatan.Kelakar bila sahabat baik aka roomate paling rapat meminta nasihat dari cik chupachup yang konon-kononnya pandai bertelatah.EH?haha.Tapi demi kawan dan kesian bila masalah dia tu membelenggu tidur,cik chupachup cuba bergongsi pengalaman duka.Bukan diri cik chupachup la kalau nak cerita-cerita lama ni.Tapi terpaksa sebab nak bagi dia semangat.Poyo je kan?Haha.Ni lah sebab dah terjangkit dengan sayangku poyo tu.Hehe.Jangan marah ye.

Nasihat cik chupachup senang je.Kalau awak rasa awk bermasalah dan awak rasa awklah yang paling susah.Cuba awak fikir secara rasional dan logik.Tak ada orang yang paling susah ke selain awak kat dunia ni?maybe masalah awak rasa ni lah yang terlalu berat bebanan terpaksa awak tanggung tapi pernah tak awak fikir ada orang yang tak ada family.Tak dapat kasih sayang and terpaksa hidup dalam ketakutan sebab masalah tapi masih boleh berjaya.Tapi kita ni yang ada mak ayah yang baik,ada kasih sayang,keluarga sempurna...kenapa kita nak rasa diri kita nak macam teruk dan kitalah orang paling susah diuji allah?


Lupakah kita apa yang allah turunkan ujian kepada kita tu taklah seteruk yang kita sangka.Allah turunkan ujian pada kita sebab allah tahu kita mampu menghadapinya.Allah lebih mengenali hambanya sebab ALLAH lah pencipta kita.

Buat apa nak sesak kan kepala kalau masalah kita sebenarnya bukanlah boleh buat kan mati pun.Cuba jangan pendam bila ada masalah.Cari je siapa-siapa yang kita percaya untuk luahkan.Bagi cik chupachup.Lebih suka meluah pada diari.Sebab diari tu cermin diri cik chupachup atau kalau dah tension sangat cik chupachup nangis dan tengok cermin.Tanya diri sendiri dalam hidup ni siapa cik chupachup sayang?of coz my mother then tanya balik.sanggup ke buat dia terluka sebab cik chupachup lagi?Mestilah tidak.Cukup hidup tanpa kasih sayang from someone bergelar 'ayah' tapi tak bermakna kita akan jadi bodoh sebab satu masalah.Hidup mesti berani.Percaya pada diri sebab tu kekuatan kita.Insyaallah.

p/s:Hargai orang sekeliling kita especially our family.Bahagianya hidup punya keluarga yang sempurna.Cuba bayangkan orang yang keluarga yang tak sempurna?peritnya tuhan je yang tahu.Jadi setiap masalah tu taklah berat bagi kita cuma kita kena positif.Ingatlah mak ayah kita.Tak sayangkah kita padanya?fikir-fikirkan ok before make a decision.

No comments:

Post a Comment