Bersaksikan engkau aku tutup bayangannya.Bersaksikan engkau ku tutup pintu jiwaku.Maafkan hati bukan niat menangisi permergian cinta tapi tak mampu ku tabah bila tanpanya.Puas ku paksa diri lupakan dia.Tapi bayangan dia makin dekat dan makin menyentuh jiwa.Kekadang hingga dalam lena suaraku seakan bergema memanggilnya 'sayang'.Gilakah aku??Aku tak punya teman rapat tak juga ada yang akrab.Bukan aku sombong tapi aku tak mampu tuk membiarkan mereka melihat titisan embun air mata terus membasahi jiwa yang makin nestapa.Bodohkah aku kerana dia aku masih merangkak?bodohkah aku kerana cinta aku begini?Hati merintih.Jiwa membisu dan diriku memarahi semua perbuatanku.Apakah semua ini dugaanku atau takdir yang Maha Esa??aku membisu.Tak punya jawapan dan persoalan makin mendesak hatiku.Bertahun mencintai dia.Bertahun merindui dia.Bertahun hidupku ku cipta hariku cuma hanya ingin bersamanya.Tapi kini?Kemanakah segalanya??Manakah janjimu.Mana??????Dia tiada denganku lagi.Cintaku dibuang dari hatinya jauh daru segala yang bermakna.Baginya ku bukan sesiapa lagi.Sendiriku menangisinya.Sendiri ku merintih mencintainya.Tanpa aku sedar dan tanpa pertimbangan berbiji-biji panadol dan ubat tidur aku suakan ke bibirku.Tanpa ragu dan tanpa jemu ku telan.Bukan ku tak tahu kesannya kelak tapi aku tak bisa menanggung deritanya lagi.Hati ini luluh dan diri ini bagai mayat yang tidak bernyawa.Bila ibu ku bertanya ku cuma membisu.Buku dan segalanya aku lupakan.Di minda,jasad dan rohku cuma mahukan dia.Dia si kekasih hati yang tak mencintaiku lagi.Pedihnya apabila semua perkara yang aku lakukan setiap hari tak mampu melupakannya malah makin mengingatiya.Aku buntu.Namun satu ketika aku sedar panadol-panadol tu tak membawa mana walau berpuluh biji ku telan seminggu.Tiada kesan ubat tidurku walau berjam-jam kerjaku cuma tidur dan menangis.Aku perlu bangkit.Dengan kekuatan yang ada.Ku cuba jadi biasa.Dia aku cuba lupakan walau setiap hari dan setiap kali dia juga yang ku rindu.Hati ini menangis dalam lenaku dan tanpa sedar aku selalu sebut namanya 'rindu padamu buat aku makin mencintaimu.Walau kau tak mencintaiku tapi demi allah hati ini terlalu ingin bersamamu.Kerana kau adalah nyawaku.'Hampir 3 tahun setengah bersama dia benar buat aku terlalu cintai dia.Tapi itu tak bermakna aku kalah sebelum berperang.Walau sakit aku lupakan dia.Ku cuba.Dan cinta ku tutup sejarah semuanya.Takku dekatinya walau sesaat.Kerana hatiku telah mati lama dalam jasad.Cinta itu perit merobek hatikku hingga aku mati walau bernyawa.Nadiku berdetak tapi hakikatnya kau mati sedikit demi sedikit kerana Cinta itu membunuhku.
p/s:kisah yang benar kadikan teladan.Buat si 'aku dan diarinya' teruslah berjuang.Cik chupachup doakan.Amin.
salam..
ReplyDeletebagiku chenta pertama mg susah nak kita lupakan tetapi cinta pertama juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar,, bersyukurlah dengan cinta pertama walaupun kita tak kekal selamanya tetapi cinta itu kan bersinar dihati utk selamanya